Wednesday 5 June 2013

Sun to earth only 8 mins19sec!!!

perkongsian dari seorang sahabat, moga apa yang di kongsikan dapat menambahkan apa yang kita tidak tahu. jika sudah tahu, alhamdulillah. 27 Rejab. 


 Israk = Perjalanan Rasulullah pada malam hari dengan menunggang Burak dari Masjid Al-  
Haram (Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (Palestin).
Mikraj = Naiknya Rasulullah SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha
Burak = Haiwan tunggangan Rasulullah SAW yang diciptakan dari cahaya, putih, lebih besar dari keldai, bersayap & lajunya bak kilat.


Apa yang berlaku sepanjang perjalanan Rasulullah?

1)Dilihat kaum yang bercucuk tanam & mengeluarkan hasil yang banyak & cepat.
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah”/belanja harta ke jalan Allah. Digandakan pahala  
kebajikan 700 kali atau lebih.

2)Dicium bau yang sangat wangi;kubur Masyitah,suami & anak-anaknya yang  
dibunuh kerana  keteguhan iman,tak mengaku Firaun Tuhan.
Masyitah:Tukang sisir rambut anak Firaun yang mengaku Allah sebagai Tuhan &    
menidakkan Firaun itu Tuhan. Dibunuh dalam air didih.

3)Dilihat orang-orang yang memecahkan kepala mereka.Setiap kali dipecahkan, kepala  
mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan lagi.
Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang) kerana terlalu sibuk 
dengan hal dunia.

4)Dilihat sekumpulan manusia yang memotong lidah mereka sendiri tanpa henti-henti 
secara berterusan.
Itulah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah & berdusta  
dalam berkata- kata.

5)Dilihat mereka yang menutup kemaluan dengan secebis kain,dihalau seperti  
binatang & makan bara api/batu dari neraka Jahannam.
Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

6)Dilihat lelaki & perempuan memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging 
masak ada di sisi mereka.
Itulah lelaki & perempuan yang melakukan zina sedangkan masing-masing mempunyai 
isteri/suami.

7)Dilihat orang yang berenang dalam sungai darah & dilontarkan batu.
Itulah orang ketika hidupnya memakan riba'.

8)Dilihat mereka mencakar muka & dada dengan kuku tembaga.
Itulah orang yang mengumpat & menjatuhkan maruah orang.

9)Dilihat seorang perempuan bongkok
Itulah gambaran usia dunia yang sangat tua & menanti saat kiamat.

10)Dilihat wanita menangis teresak-esak sambil meminta pertolongan tetapi tiada siapa 
yang sanggup membantu.
Itulah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

11)Dilihat wanita berkepala seperti babi,badannya seperti keldai & menerima berbagai-  
bagai balasan.
Itulah gambaran wanita yang suka membuat fitnah,bermusuh dengan jiran & membuat
dusta.

12)Dilihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak.
Itulah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.


Dalam perjalanan Mikraj pula Rasulullah dibawa & ditemani Jibril AS ke 7 lapisan langit.

Langit pertama: i) Berjumpa Nabi Adam AS.
ii) Dilihat mereka yang makan riba' & harta anak yatim.
iii) Dilihat orang berzina yang hodoh rupa & kelakuan mereka.Penzina lelaki  
bergantung pada 'susu' penzina perempuan.

Langit ke-2: Bertemu dengan Nabi Isa AS & Nabi Yahya AS.

Langit ke-3: Bertemu Nabi Yusuf AS.

Langit ke-4: Bertemu Nabi Idris AS.

Langit ke-5: Bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit ke-6: i)Bertemu dengan Nabi Musa AS.
ii)Melihat umat Baginda sendiri,termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ke-7: Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khaililullah AS.Kemudian masuk ke Baitul Makmur (betul- 
betul atas Baitullah di Mekah).

sekarang kita masih berpeluang untuk berubah, pilihan ada di tangan kita. masa kita tidak tahu tamat dimana dan bagaimana pengakhiran cerita kita. saya juga manusia biasa yang penuh dengan salah, sama-sama kita perbaiki.

masa yang ada,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment