Sunday 23 June 2013

bila hantaran yang melambung, salah siapa?

semalam aku ade borak ngn sorang member ni yang sikit sebanyak membuka mata aku mengenai hantaran dari perspektif seorang lelaki. hmm.. isu ni mcm klise tapi ada yang aku nak kongsikan kat sini walhal aku hanya hijau dalam tempuh benda-benda mcm ni.

ramai merungut pasal mas kahwin dan hantaran yang agak melampau, yang tinggi kadang-kadang mencecah puluhan ribu. bagi aku tak salah kalau orang itu mampu means selepas kahwin tak pening kepala nak fikir pasal hutang dan sampai buat pinjaman bank hanya untuk buat sebuah majlis.

sebenarnya sesebuah majlis dibuat untuk meraikan pengantin dan mengeratkan silaturahim bukan lah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. sebab nanti kita akan ada dan perlu menjalani hidup selepas kahwin.

hmm.. kalau mampu just go on, tapi sebaiknya ukur baju dibadan sendiri. nak ikut cakap orang pun susah sebab yang menanggungnya nanti kita. seharusnya perkahwinan bukanlah sesuatu yang membebankan. bila hantaran melambung tinggi, ia akan menggalakan penzinaan kerana zina itu free! (dlm bhasa mudah) itu jalan bagi mereka walaupun jelas jalan itu salah.

jadi kenapa masyarakat kita perlu mengangkat sebuah hantaran yang tinggi hingga berleluasanya sebuah penzinaan? buka minda jangan bebankan mereka yang nak dirikan masjid.

my short story : al-kisahnya ada sebuah majlis pertunangan yang ok bagi saya yang simple dan cantik. walaupun simple sekarang ni cecah rm2k,hmm. datanglah seorang wanita, yang saya boleh panggil makcik2 dengan camera. saya menganggap dia ikhlas untuk meraikan pertunangan tersebut dan menangkap gambar sebagai tanda kenang-kenangan. dua hari selepas itu, kecoh di muka buku dan orang sekeliling, rupanya kedatangan dia ke majlis tersebut untuk membandingkan dengan majlis anaknya yang dia anggap wedding of the year. makcik itu cakap, kata gaji mahal macam ni je majlis tunang alahai tak boleh nak lawan anak dia pun. astagfirullah.

pendapat saya : maybe makcik tu nak tengok majlis yang lagi grand kot. :)tapi tak boleh la nak bandingkan at least jaga la hati orang yang menjemput. biarlah dia mampu setakat itu, lagipun itu hanya majlis pertunangan. tak gitu?

asamgaram,
azmirarohani.


No comments:

Post a Comment