Friday 29 November 2013

mr.pai epal

alkisahnya pertemuan yang tak dirancang hingga membibitkan rasa cinta di hati Izz  Amir.
ya perempuan yang kehujanan yang memayungi si ibu buta telah menyetuh hatinya.
dia adalah Yaya. 

kisah yang membezakan sebuah darjat yang sering "dipandang tinggi" oleh segelintir manusia yang taksubkan harta dan kemewahan dunia. sehingga tidak menjaga tutur bicara dengan golongan marhaen. masih wujudkan golongan sebegitu? aku tertanya sendiri. mungkin ada. mungkin tiada. kata orang biarlah sekufu. 

tapi tidakkah mereka tahu yang cinta itu buta? cinta yang letak dan jatuhnya bukan mengikut sekufu atau tidak. cinta yang tak pernah kita ketahui bila, bagaimana. semuanya tersusun indah dalam catatan takdir. 

sejujurnya, air mata aku laju menitis walhal belum separuh aku baca novel ini. aku sebak. sedih dengan layanan golongan yang "tinggi". mungkin mereka lupa matinya kita dibaluti kain putih bukan berstatuskan prada juga tanpa deretan LV. 


jom baca :)

disuduthati,
azmirarohani

Thursday 28 November 2013

am i sleepwalker?

hurmm..betul 
macam tak percaya pun ada.. 
semalam baru aku tahu yang aku sleepwalkin 

alkisahnya begini..
menurut tukang cerita cewahhh (roomate aku) bukan soulmate tau haha
dia bagitau aku yang aku pergi toilet dan tutup lampu 
walhal aku sikit pun tak sedar!
aku juga kunci pintu bilik aku..

cerita dari aku pula.
aku sedar yang aku bangun dari tidur setelah mendengar bunyi ketukan pintu
masa tu aku ingat roomate aku lupa bawak kunci
tapi bila aku buka pintu dia tak pakai uniform kerja.
then aku terus sambung tidur.

hurmm teruk tak penangan sleepwalkin aku? 
what to do? ---,---
help me plis.

sekarang aku adalah seperti watak yang dilakonkan oleh Lisa Surihani dalam cerita i'm not single. 
dalam movie tak apa la, tu hanya lakonan. ni betul2 bukan cobaan. 

help me,
azmirarohani.

secangkir kopi secawan nescafe

cuaca redup dengan suhu yang dingin
jari ditari diatas papan kekunci
ditemani secawan teh panas itu sangat umphhhh! 

hati riang bila aku akan ke.. 
Ya Allah terima kasih :) 

teringat tika bertemu seorang sahabat, 
dia terkejut melihat 'ketembaman" aku.. huuu
sentap waa
haha.. betui ka? 

ya sekarang aku senang walau kerja agak banyak
tapi badan memang naik
eh tapi siiiiiikitttt je
dont worry my lemak i love you ;P

pagi ni aku dah makan nasi goreng seafood, karipap dan puding jagung! 
tengok jam belum pun jam 11 pagi. omg! 
nampak tak selera wa? hihi
cik ira.. cik ira 

selera bukan tanda bahagia jugak ke? :)

erra! erra! erra fazira!
haa.. dengar tak? 
bos da panggil..hee
nama wa da lain da :P 
bubye


salam sayang,
azmirarohani


Friday 22 November 2013

Dihimpit Waktu

detik & masa makin melepasi
makin melewati gelung waktu
bagaikan semalam aku baru menangis tiba di dunia
kini aku sudah mampu berjalan dan berlari
walau kadang aku tersungkur
begitu pantas masa berlalu.

hidup kita penuh suka dan duka, 
tanpa kedukaan kita tak merasa manisnya hidup
"setiap titisan hujan yang turun, berasal dari awan yang mendung"
tanpa hujan, pelangi takkan muncul,
dan  tanpa "kamu" warna pelangi kurang satu

sejauhnya mana pun "dia" jika dia memang tercipta untuk kita
dia akan sampai bila waktunya. doa dan sabar :)

kalau benar kamu "LELAKI GAGAH" takkan berat untuk melangkah ke rumahNya mengangkat takbir. Nah buktikan saja! 

kalau benar kamu "JELITAWAN" takkan mahu pamerkan percuma. itu murah namanya. Mahal itu buat orang merebut mahu dapatkan. ayuh "NAIKKAN HARGA"!


mendungberlabuh,
azmirarohani

Thursday 21 November 2013

hitung hari

minggu lepas dari airport terus ke Puchong :) bertakoyaki dengan member2 dan jodoh is the hottest issues! omg! always.. till i naik pelamin agaknya haha.. nevermind.

jemputan ke majlis kawin pun dah banyak dah and my decision is taknak pergi!! :P member ckp "ala tak tahu nak jawab la tu bila pergi nanti. hurm tu pun slh satu alasan. ceh! insyaAllah jika ada kelapangan saya akan pergi memeriahkan :)

i tny kwn yang dah kawin macam mana nak tahu yang orang tu memang jodoh kamu? dia cakap you akan tahu automatik. aih ni yang susah, boleh tak bagi jawapan yang boleh menyakinkan hati i? hurmm.. adakah hidup ni sukar bila kita menyukarkannya?

21 hari lagi ke tarikh perkahwinan i! ops! itu cuma impian dan angan si jenin. tarikh dah dekat tapi apa pun tarak! haha :P tapi sebelum tarikh tu i punya masa lagi kan? ;) bila cik ira nak wake up! aiyoo

oh lupa, masa i jejalan tetiba ada sorang aunty datang dan ucapkan tahniah atas pertunangan i. i pandang & ckp sorry aunty slh org ni, i belum bertunang lagi. then aunty tu ckp, tak aunty tak slh org, aunty nampak seri di wajah kamu. gulp! thanks for the wishes but its too early. ngee

kalau benar kita ada jodoh, kita jumpa atas pelamin!

bilasampaimasa,
azmirarohani

Monday 11 November 2013

sayang

Sayang aku baik selalu
Janganlah kamu risaukan aku
Ku harap kamu pun baik di situ
Kerna diriku selalu mendoakanmu

Sayang jangan talipon aku
Nanti habis pulak 'kereditmu'
Kalau kamu rindu akan diriku
Luahkan saja di dalam doamu

Sayang dengar bah permintaanku
Jangan tinggalkan solatmu

Sayang jangan dengarkan bisikan hatimu
Itu setan mengganggu

Sayang dengar bah permintaanku
Jangan lupakan Tuhanmu

Sayang percayalah apa kataku
Aku akan menikahimu

perghh! memang terbaiklah, aku suka betul! first tyme dgr masa tgk "Tunggu Sekejap" :)

Monday 4 November 2013

sedia

sedia? bersedia?
bila? bagaimana? 
itu persoalan pasti berlegar 

nak tunggu bersedia, sampai bila?
macam mana nak tahu yang kita dah benar2 bersedia?
setiap sesuatu pasti akan ada kesan dan akibat
itu normal sebuah kehidupan

kita perlu sentiasa bersedia.


insyaAllah,
azmirarohani

Friday 1 November 2013

Budi Bahasa Budaya Kita

kat mana pun kita
dengan siapa pun yang kita berdepan
cuba dan mesti berbudi bahasa.

jika kasar bahasa kita
disitu manusia mula mejatuhkan hukum
"baik caranya maka baiklah amalnya, buruk caranya maka buruklah amalannya"

bunyi mcm remeh, ala semua orang tahu budi bahasa
ya! semua orang tahu tapi berapa ramai yang tahu dan pratik budi bahasa?
tahu sahaja tak cukup 
seperti ilmu ia perlu diamalkan

tika buruk layanan orang terhadap kita
cuba bertenang dan senyum
ingat manusia tak pernah lepas dari kesilapan
bertenang
ibarat orang lempar batu, kita balas buah

lama2 dia sedar dan malu sendiri
cuma mampu berharap kerna kita tak pernah pasti bila ia akan berubah. 

tak rugi berbudi bahasa
ya! budi bahasa itu budaya kita

belajar dari kesilapan lalu, berubah untuk masa depan tapi mulakan pada hari ini. 

assalamualaikum

picisan hati,
azmirarohani.