Saturday 30 March 2013

Janji Dia

syukur pagi hari ni diizinkan Allah bersua muka 'live' dengan Ustaz Ahmad Dasuki dan paling menyentuh hati bila mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik Tahfiz.



pasti ayah dan bonda tercinta berbangga dengan pencapaian kamu, aku kagum subhana Allah di dadanya tersemat 30 juzu' Al-Quran sedang aku masih merangkak, malunya aku.

sejuk mata memandang dan telinga yang mendengar bacaan demi bacaan, ni juga kurniaan Allah walaupun ku hanya mendengar. Alhamdulillah ;)



                                 petikan dari ayat Ust.Ahmad Dasuki


 "orang yang menghafaz al-Quran dijanjikan syurga dan diberi syafaat untuk membawa 7 orang ahli keluarga bersamanya selagi dia tidak melakukkan kemaksiatan". ya Allah, hebat janji Dia.

kini aku sedar, keseimbangan Dunia dan Akhirat sangat penting, dunia hanya persinggahan untuk mencari bekal. tak kira ke mana sudah kita jejak, setinggi mana ilmu dunia yang kita ada tapi ilmu untuk ke Akhirat kita tak ada kita FAIL!!

moga kita diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah ke arah lebih baik. hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. insya Allah.

mengajak diri,
Azmira Rohani

Thursday 28 March 2013

dipilih atau kena pilih? tetap pilih

dalam hidup kita sentiasa diberi pilihan, perlu memilih dan kadang2 dipilih. ada yang kita suka dan ada yang kita terpaksa suka. bukan ke tak kenal maka tak cinta?  susah bila perlu memilih tapi lagi susah jika harus menerima tanpa memilih? kita banyak mengeluh sebenarnya, tak nampak apa yang terhidang depan mata, yang jauh juga kita nampak indah. seeloknya, kenali, dalami barulah nilai.

kita selalu dengar, ingat nak pilih isteri macam pilih ikan kat pasar ke? ;) nampak tak dari semua hal kita perlu memilih?  tapi jangan terlalu memilih, pilih yang sepadan.

pilihlah yang terbaik untuk diri, hidup dan masa depan kita.


Wednesday 27 March 2013

kahwin untuk 3 hari

fuhhh! dah bersawang da nampak sangat tak sempat nak update. malam ni mr.purple dah sihat so boleh la update sikit.

hurmm.. nak share sikit tapi weksss agak nak muntah hahaha tak share lagi ok :P lately i rasa macam nak kahwin. what?!! kahwin? lets me think and talk about this.



kahwin siapa tak nak kan? tapi macam yang selalu aku cakap kat kawan2 yang tanya bila bila dan bila (kerek je bunyinye :P) tarikh da ade tapi calon belum ade haha, tu jawapan paling selamat yang aku ade untuk masa sekarang. cool lah baru 24 kot, tapi kalau jodoh aku tak tolak. malas nak cerita panjang, kang pung pang pung pang tuptup tak jadi, maluuuuuu  kang masa itu buka radio terus hempas sebab terdengar lagu pelamin angan ku musnah sobsob :(

bagi aku kahwin tu mudah dan tak perlukan hantaran yang tinggi, pakaian yang mahal dan mesti wedding of the century kan? sebab hidup lepas kahwin tu lagi penting sebenarnya kadang2 kita terlepas pandang, mentaliti masyarakat kita bila buat kecil mesti dah ada apa2 dah tu, kalau buat besar-besaran alah menunjuk je tu padahal bukan kaya mana. apa2 pun yang kita nak buat yang penting ukur baju dibadan sendiri, we are never please the society! so selagi kita tak menyusahkan sesiapa dan paling utama tak membawa kita ke neraka just go on :)

sebut pasal kahwin semua tersenyum lebar, perkara pertama yang terlintas tema apa? baju macam mana? nak buat kat mana? tetamu berapa ramai? ok ketepikan dulu semua tu,

STOP!




biasanya masa dating kita jumpa si dia paling lama pun dalam 4-5jam itupun bukan setiap hari. bila dah kahwin kita wajib, perlu dan akan menghadap muka si dia 24jam sehari  7hari seminggu 365hari setahun. tengah bahagia tak fikir apa dah, cuma fikir wah bestnye!  sebenarnya itu bukan bebanan sebab perkahwinan telah menghalalkan dari kita duduk berkepit tanpa ikatan itu tapi apa yang aku cuba nak sampaikan kita perlu bersedia dan fikirkan cara untuk membahagiakan orang yang kita sayang seumur hidup kita. jaga hati dia dan bersama dia sampai syurga sebab tak cukup dengan kata2 cinta je.

kekayaan, rupa, pangkat itu semua tak menjamin kebahagiaan tapi agama itu melengkapi segala aspek. baik agama maka baik lah bahtera yang dilayari.

mulai sekarang, kita perlu buat persediaan sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, bagaimana? cuba jadi orang baru dan lebih baik setiap hari ;) kalau sesuatu itu boleh menambahkan dosa kita atau kita tak mampu dah nak tengok, tinggalkan, lupakan.

kahwin itu bukan hanya bersanding atas pelamin bukan untuk 3 hari ;) hari ni kita nikah, esok kita sanding lusa kita bercerai.



terasa,
AzmiraRohani

Wednesday 6 March 2013

cop halal



              kalau tanya apa yang saya nak dalam dunia ni, saya cuma nak awak :) 
                                                          petikan filem cerita kita


manusia akan jatuh cinta banyak kali, jatuh cinta bukan bererti curang. rasa cintakan anugerah. kalau pun kita sedang dalam alam percintaan sekarang tak bermakna kita hanyut atau melanggar batas-batas yang tak sepatutnya. faham2 ler? :)

cinta itu fitrah. setiap manusia akan merasai nikmat cinta. bagi aku nak jadi caring, romantik dan segala yang terbaik untuk dia la. sabar itu nanti. bila dia sah bergelar encik suami. lagi sweet kan? :) your are mine! hak milik sah dikeluarkan oleh JAKIM haha :P

buat apa nak bazir masa, duit dan perasaan untuk org yg belum tentu jd milik kita? fokus pada hidup. kalau ada jodoh ada lah, kata orang tak lari gunung dikejar, kalau memang dia jodoh kita walau di hujung dunia sekalipun kita akan berjumpa, cewahhh :P superb positif.

semua org pasti tersenyum bila sebut cinta, power betul ayat ni! cintalah selayaknya. tapi ingat kita ni tak kenyang makan cinta je.. kena cari duit, bina hidup utk nanti :) hidup ni indah untuk mereka yg menikmati, buat apa mengharap pd yg tak sudi. life must go on :)

aku akan menanti,
Azmira Rohani.




talkin untuk ku






Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai AZMIRA Binti IBU, wahai AZMIRA Binti IBU, wahai AZMIRA Binti IBU
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai AZMIRA Binti IBU,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai AZMIRA Binti IBU
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solat lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai AZMIRA Binti IBU  tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai AZMIRA Binti IBU,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
baiki apa yang kurang, tutup lompong yang ada selagi sempat, buang yg keruh, bersihkan yg kotor. semua urusan kita dipermudahkan. ingat dunia hanya persinggahan akhirat tu kekal. 
permudahkanlah,
Azmira Rohani

Tuesday 5 March 2013

We Are All Malaysian

sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara mesti peka apa yang berlaku di Lahad Datu kan?
walaupun kita tak mampu bersama-sama mengangkat senjata di medan tempur namun kita mampu mengangkat tangan memohon agar tanah bertuah ni dilimpahi nikmat keamanan.

                                                    kredit to Syazwanaizad. nice pic :)

bagi aku semua yang berlaku perlu diteliti, dikaji sebab sekarang bukan waktu untuk tunding jari kepada mana-mana pihak. semua orang bertanggung jawab menjaga tanah ni. Ini milik kita!

jadi, ketepikan fahaman parti politik, kita harus bersatu. bersatu untuk Malaysia.

 terima kasih perwiraku

tersentuh tengok mayat perwira yang terkorban, kita masih saling menuduh sedangkan nyawa banyak terkorban. open your mind!

terima kasih kerana menjaga Malaysia.