Wednesday 12 June 2013

Jemputan Pencipta

isnin 1 syaaban 10 jun 2013 datuk saya telah kembali ke rahmatullah. Allah lebih menyayangi dia. aku redha dengan pemergiaannya, setakat ni sahaja Allah pinjamkan dia kepada kami. syukur ya Allah atas nikmat yang telah kau berikan selama ini. tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman.

sedih itu pasti. perasaan bercampur baur tapi menangis airmata darah pun kita takkan dapat kembalikan. bagaimana sayang pun kita terhadap seseorang pasti ia akan pergi jua. yang kekal cuma Allah.

sementara kita yang masih hidup, teruskan hidup, perbaiki apa yang kurang, sedekahkan untuk mereka yang sudah pergi kerana itu sangat2 diperlukan. sedekahkanlah walau Al-Fatihah.

amalan perlu sentiasa diperbaiki, saling mengingatkan kerana yang dibawah sana merayu untuk kembali ke dunia untuk beribadat. sedarlah! sedarlah!

menyedarkan diri,
azmirarohani.

2 comments:

  1. Innalillah.. my condolences to the whole family. smuga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman.. iAllah..

    ReplyDelete