Tuesday 30 April 2013

cara mudah ke KLIA @ LCCT

fuhhhh fuh.. bersawang sudah.. mcm mana nk jd blogger tegar nih.. hmm kebelakangan ni super duper buzy terkejar-kejar tak sempat nak update.

saya nak share something yang mungkin boleh tolong korang ;) mana la tahu masa kamu nk ke klia @ lcct tetiba tak ade orang dapat hantar. ape lagi nangis la..huwarghhh huwarghhhh.. hihi gurau je..

saya dah try & mao share takut saya lupa nanti.

dari Putrajaya sentral kamu beli tiket erl di kaunter dan terus bagitahu mahu ke lcct. nanti pegawai tu akan bagi dua tiket iaitu tiket erl dan tiket bas. harganya cuma rm5.50 sangat berpatutan kan?



erl untuk ke airport ade setiap setengah jam. tak perlu bersesak dalam traffic jam dan selesa. nanti naik erl dan turun di stesen Salak Tinggi dan dari sana terus ada bus shuttle. jangan cicir pulak tiket bas tu.. hehe :P


dan bas akan bawak kita terus ke airport. mudahkan? ;)

Saturday 20 April 2013

20 April 2013


alhamdulillah.
jutaan terima kasih kepada yang mengucapkan selamat & doa yang baik-baik. 
(arghhh.. tak tahu nk ckp mcm mana) 
tapi 24 ni terasa sgt.. aku perlu benar2 kuat. 

20 april 2013 juga hari penamaan calon utk PRU13, 
maaf ya mommy & daddy, your daughter still don't have "calon" haha
(giler kalau dorg baca, ya ampun gatai na :P) 

sebelum ape2,
atleast, aku kena jadi wanita yg berilmu dunia & akhirat. 
sebab tak guna belajar sampai phd tapi ilmu agama 0 

surat dari langit biru buat kalian,


to
   m o m m y & d a d d y pemilik darah yang mengalir, 
aku akan sentiasa menyayangi walau cara ku mungkin berbeza, 
berapa pun umur mula menyapa aku, aku masih anak kecil kesayangan kalian, 
terima kasih atas segalanya. 



to
   m y  i n c i k  j o d o h yg pinjamkan tulang rusuk, 
jaga diri baik2, aku sentiasa doakan kamu walau siapa & dimana 
pintaku moga Dia satukan kita dijalanNya. 


to
 m y  f a m i l y yang selalu dengar celoteh & melayan kenakalan ku, 
aku tahu korang mesti sunyi kalau aku tak ade, 
aku ade utk men"sumbang"kan & mencipta lagu utk korang.. haha :P 
usik2 manja je tu. 


to
   m y  f r i e n d yg ke hulu hilir, mndengar & menjawab soalan yg tk berapa nak diterima akal, 
aku saja uji kecerdasan minda korang, sayang kalau tak guna otak tu, 
so aku tolong korang gerakkan otak. baik x? (kelip2 mata)


to
   h a t e r s yang selalu chitchat dpn, blkg, kiri dan kanan, 
terima kasih sebab tlg topupkan pahala aku yg tak berapa nak ada, 
syg korang! meh nk peluk xoxo! 


to
   f a n yang selalu memuji melambung kdg2 aku terpaksa pekak kan telinga (ceh perasan bajet retiss sat)
terima kasih sebab selalu kembangkan hidung aku haha 
korang selalu buat aku nanti2kan ceh! 


byk ler plk ucapan, mcm nk berkempen plk. sorry to makcik, pakcik & sedara yg bkl lahir tak sempat nk buat ucapan utk korang. maap bebanyak. 

pape pon, undilah saya calon jelita weksss muntah hijau :P 

xoxo, 
azmirarohani.





Sunday 14 April 2013

masa yang ada

hari demi hari aku rasa hidup aku dulu kosong ditengah keramaian. aku tak pasti apa yang aku mahu. aku rasa aku puas tapi secara jujurnya kosong. ya kosong! senyuman hanya sekadar penghias wajah, pemanis tapi rasa hati sukar diterjemahkan. bukan tidak apa tempat untuk berkongsi tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa kosong itu. secara tuntasnya, aku tak begitu gemar berkongsi dengan orang lain sebab selama mana orang nak dengar cerita mana, dan sekuat mana dia mampu menyimpan apa yang kita ceritakan. dari kita sakit hati di kemudian hari lebih baik kita simpan untuk diri sendiri. percayalah hidup dengan gelak ketawa, hilai manja dan tersenyum tak semestinya orang itu bahagia dalam erti sebenarnya.

alhamdulillah Allah memberikan aku hidayahNya untuk aku perbetulkan dan buat apa yang sebelum ni aku hanya pandang mudah. teruknya aku. tapi tanpa malu aku mengaku itulah aku yang cuba aku tinggalkan. betul kata orang, jika Allah mahu memberi siapa pun layak menerima sebab itu kita tak boleh menghukum orang. Allah juga boleh mengambil kembali jika Dia mengkehendakiNya.

perubahan demi perubahan cuba aku lakukan selagi masa masih ada, masa yang ntah berapa tahun lagi, ntah berapa bulan lari, berapa hari lagi natah2 berapa minit je lagi untuk berada di dunia ni. bukan senang untuk berubah tapi ia tak sukar jika kita mahukan berserta IzinNya, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.  Allah akan menghantar orang yang boleh membantu kita.

biar orang mengejek, di mata Allah itu lebih nikmat jika disukaiNya.


Thursday 11 April 2013

ini kalilah atau tukar?

APRIL yang penuh warna warni, meriahnya! holla april plis be nice :) kat tv terpampang april bulan raikan cinta, minggu setiausaha dan paling hangat tentang undi dan manifesto yang merata-rata.

jadi saya terasa nak buka satu entry pasal politik. keluar rumah pasti kita dapat lihat bendera biru, hijau itu fenomena biasa bila menjelang pilihan raya. macam nak raya je gamaknya!

apa yang cuba saya sampaikan bukanlah pro kepada mana-mana pihak tapi sekadar perkongsian, kita boleh berpolitik tapi jangan lah sampai menjatuhkan maruah dan membuka aib orang lain bukan ke itu akan menambah dosa kita sedangkan pahala kita tak banyak sangat pon. berpolitik lah secara sihat.

kadang-kadang jika diperhatikan pengikut yang terlebih emosi, pendek akal dalam menyampaikan ideologi tapi saya juga terasa "takut" bila ada yang sampai tahap taksub. bila hal macam ni berlaku saya lebih suka diamkan diri, diam tak bermakna salah tapi takkan lah saya nak bertikam lidah sedangkan apa yang saya cakap belum tentu diterima walaupun betul. tak percaya? cuba anda lakukan :)



perkara pertama yang seringkali kita dengar adalah mengenai isu spr tak telus dan blabla. persoalan saya : jika spr tak telus, maknanya pihak lawan yang kalah di sesuatu tempat boleh mempertikaikan kemenangan pihak anda. letakkan situasi anda disitu, katakan anda menang dan orang pula mempertikaikan kemenangan anda yang selama ni anda mengatakan spr tak telus. haha berasap tak?

perkara kedua : adalah berkenaan calon dari sesebuah parti. pihak yang satu lagi akan mencari jalan untuk menjatuhkan pihak itu, secara logiknya manusia mana yang tak pernah buat salah, kita pun pernahkan? kita bukan maksum.  apa yang saya lihat di Indonesia semasa kedatangan saya di sana pada waktu pilihan raya mereka tidak memburukkan parti lawan sebaliknya menyenaraikan nilai-nilai murni dan integriti calon mereka. bukankah itu lebih baik? kita naikkan calon kita dan tak perlu untuk menjatuhkan pihak lawan. :)

perkara ketiga : dalam sesebuah negara takkan pernah ada rakyat yang berpuas hati dengan apa yang diberikan walau sebanyak mana tetap ditutup mata. itu perkara biasa. sekarang saya mahu membuka minda sedikit, kita mengatakan US bebas, itu kebebasan yang kita mahukan. kalau bebas kenapa pelajar kita pernah dipukul dijalanan? itu bebas yang kita cari :)  kononnya kita terkongkong, tak bebas tapi sebenarnya kita tak bersyukur.

perkara keempat yang perlu dititik beratkan kita tak perlu mewarwarkan kita dipihak mana, kita hanya perlu menunaikan tanggungjawab kita dengan mengundi. sebelum mengundi apa yang perlu kita fikir bukan hanya untuk kita tapi untuk masa depan anak kita, sekarang mungkin kita seorang tapi 5tahun lagi jika diizinkan Allah kita berkeluarga. undi sekarang menentukan 5tahun lagi. pilih dengan bijak jangan pentingkan diri.

biru ke hijau ke kita tetap orang Malaysia.

jom mengundi,
AzmiraRohani.