Monday 29 July 2013

perginya seorang sahabat

semalam hp aku tak henti berdering, serta deretan msg masuk tapi aku malas nk tgk hp, aku sudah tidur sebetulnya. selalunya waktu2 macam ni pasti sahabat2 mahu bersembang malam. jadi aku memang mengantuk dan perlukan rehat utk bangun sahur. aku memang pantang bila tidur terganggu. campak hp ntah ke mana. pagi ni pulak jam5 pagi baru bangun utk sahur, bangun2 cari hp dan buka pesanan mengatakan seorang sahabat telah pergi, ya, pergi menemui Illahi. bila baca sms tu aku rasa itu satu gurauan. sungguh aku tak percaya, kerana sahabat itu tidak pernah sakit.

aku terus ke dapur dan sahur sambil fikir, betul ke ni? tapi benda mcm ni takkan nk buat main2. hmm. aku capai hp cll his bestfriend, nyata benar. Innalillah. moga roh kamu tenang wahai sahabat. itu doa ku.

beberapa bulan lepas, kami bersama2 tunang dia melepak, bg pinjam kereta, tengok wayang, lyn steamboat dan kali terakhir adalah dinner di TGI sebelum aku pergi ke bumi kenyalang. kamu sahabat yang baik, yang susah utk dicari ganti. sanggup tunggu aku depan LHDN pagi2. betul kata org bila seseorang pergi segala kenangan bersama dia akan kembali terlayar di ingatan. sejak tahu kesahihah berita itu, sampai sekarang aku masih tak mampu pejamkan mata.

maafkan aku sabahat. sabar wahai teman, aku tahu kamu kuat. Allah takkan uji jika kamu tidak mampu. aku masih tak mampu utk mengirimkan sms buat temanku (situnangdia) aku tidak tahu bagaimana utk memulakan. doaku moga kamu tabah. aku mengerti perasaan kamu, walau aku cuma sahabat aku terasa kehilangan dia, tambah2 lagi kamu yang sentiasa dihati.

al-fatihah.

sahabatmu,
azmirarohani.

Sunday 28 July 2013

Nukilan seorang isteri

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Cuba fahami hati seorang wanita.

moga ketabahan kekal utuh,
azmira rohani.

Saturday 27 July 2013

sebuah episod

aku yang patut.. yang patut berikan segala..
jodoh sememangnya klise dengan entry saya. tapi banyak benda nak cakap, soal cinta banyak yang mahu dibangkitkan untuk peringatan saja sekadar perkongsian rasa. 

saya juga manusia biasa yang mengimpikan saat2 romatis. ceh! ayat. bermain gitar dan menyanyikan lagu cinta sudah terasa istimewa "..dekat padamu arah inginku tuju walaupun jauh akan ku gegas berlari, walau tinggi bisa ku terbang dilangit walau sedalam mana akan ku selami kerna cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu.." tetapi lebih bermakna bila dia juga mampu mengalunkan ayat-ayat cinta Allah (al-quran). hati saya tersentuh dan menangis saat dengar bacaan ayat al-kafirun oleh seorang ustaz muda di masjid. indahnya! subhanaAllah. semoga dia nanti punya agama kerana tanpa agama dia tak mampu menjagaku sepenuh hati kerna dia tak mampu menjaga cinta dengan Dia pencinta agung no 1 mana mungkin dia mampu menjaga, menyayangi dan mencintai kita :) berdoalah, baiki diri kita insyaAllah dia juga sedang mendekati Dia. moga dia datang dengan agama dan bonus-bonusnya! cantik luar dan cantik dalam. 

moga ramadhan kali ni dapat dilalui dengan penuh bermakna kerana belum tentu kita jumpa ramdhan akan datang, usahkan akan datang esok pun belum tentu. luangkan masa kita untuk Dia. hati mula tergugat untuk ke masjid bila hujan, namun setelah berfikir sejenak, jika mahu jumpa kekasih hati usahkan hujan, ribut menbadai juga pergi. oleh kerana hujan yang menurunkan rahmat kita mula tawar hati untuk jumpa Dia. dan yang baik usahalah :) pinta pada Dia. moga ramadhan kali ni ramadhan terakhir sebagai bujang.amboii tak salahkan? tahun depan p terawih dengan suami, alahai sweetnya! ;) 

setiap yang hadir dalam hidup saya adalah anugerah, terima kasih. 



tulus kasih,
azmirarohani.






madu asli

kata orang nak tau madu tu asli ke tak, bawak balik rumah kalau isteri mengamuk "ASLI" ler tu haha :P MADU adalah perkataan yang sensitif bagi kaum wanita walaupun dalam gurauan. wow! hebatkan satu perkataan yang mampu menganggu gugat ketenteraman jiwa seorang wanita. 

kenapa entry kali ni pasal madu? adakah saya tidak punya perasaan? first nak cakap madu ada dua jenis 1;boleh diminum 2;yang kita akan menyampah dan tak boleh senyum langsung. hihi :P 

madu yang pertama boleh diminum adalah sangat berkhasiat dari aspek kesihatan, kecantikan. tapi madu tidak boleh dimakan dengan menggunakan sudu besi seeloknya gunalah sudu plastik (baru je tau ni), madu juga tidak boleh dimakan serentak dengan tembikai. betul ke tak saya tak pernah cuba. 

madu kedua adalah orang yang ketiga antara kita dan suami, boleh jadi juga orang keempat dan kelima. bila diperhatikan dalam kehidupan bermadu tak ramai yang menempuh manisnya madu untuk mendapatkan payung emas tu. rata-rata yang dapat dilihat gempa bumi dalam rumah tangga, perang dunia adalah sesuatu yang klise. ya ampun! tapi yang lebih mengejutkan dan menghairankan kenapa isteri yang kedua akan memaki hamun dan memarahi isteri pertama sedangkan dia yang mengambil suami orang? saya masih tidak punya jawapan.. 

berkongsi kasih bukan sesuatu yang mudah malah ia juga sesuatu yang pahit ditelan. kata seorang teman, jika suatu hari nanti suami kamu curang maka benarkanlah dia bernikah supaya kemaksiatan dapat dibendung. oh! begitu mudah dia berkata-kata kerna dia seorang lelaki. wahai lelaki selamilah hati kami, kami mahu dicintai dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. haha ayat serius ni ;) 

jawapan saya pada teman tersebut, jika saya mengetahui dia sudah berkahwin lain nanti, saya akan buat-buat tak tahu. kenapa? adakah kerana saya tidak sakit hati? tidak! ini kerana apabila saya menyatakan saya sudah mengetahui dia sudah mengahwini wanita lain, pasti dia akan berterus-terang itu akan menguris hati saya yang sudah hancur. selain itu, dia mungkin akan mula melakukan giliran yang dulunya dirumah saya sahaja. kawan saya gelakkan saya dan mengatakan kebijaksanaan saya. 

ah! itu bukan sebuah realiti, moga dia akan menyintai saya sepenuh hati, moga Dia tautkan cinta kami sampai syurga.

berharap yang terbaik,
azmirarohani.

Friday 12 July 2013

realiti yang membahagiakan

alhamdulillah hidup aku dikelilingi orang yang baik dan menyayangi aku. terima kasih. syukur diberi kesempatan merasai nikmat solat terawih berjalan dalam hujan. :) terima kasih sahabat, terima kasih keluarga tersayang membawa aku mendekati rumah Nya. 

sememangnya ia adalah sebuah realiti yang amat membahagiakan. moga kita dapat menempuh ramadhan sehingga penghujungnya. insyaAllah. 




baik-baik saja,
azmirarohani.

Wednesday 10 July 2013

Ramadhan

alhamdulillah sempat berpuasa kat rumah 2 hari tahun ni :) tadi bawak family g bazar ramadhan. hari pertama kena paw dah dgn budak2 ni.. hee :P adik tanya blh tak nak cool blog hari2? hamboiii pokai akak dik.. haha
balik rumah banyak komplen ckp aku tak bagi pilih flavour hee budak2 ni.. pdhl aku dh tny, xde jwpn pun last aku decide nak beli volcano milk tea :) tapi dalam komplen2 pon minum sampai habis jugak. sayang korang! xoxo.

paling happening sejak pagi tadi dpt sms dari senior2 uni. ingat lagi kt adik uols ni.. hee anyway tenkiu akak2 dan abang2 sayang.. hehe. selesai berbuka pun ucapan berbuka plk, sweetnye :) kawan2 ajk g terawih jalan ramai2 cun!

selamat menjalani Ramadhan :) moga kita ambil peluang yg ada.

salam sayang,
azmirarohani.

Tuesday 9 July 2013

3 in 1

seusai sbuh mommy tanya aku mana nak cari doktor sakit puan yang perempuan.. hmm aku fikir2 tak de kot mommy. walaupun aku suka g klinik tapi tak pernah pulak jumpa pakar sakit puan ni. susah kan? memanglah doktor tu professional tapi kami sebagai perempuan melayu terakhir hehe punya la malu.. tak sanggup woo..

sekarang baru siap taip assignment mommy, moga mommy berjaya nanti! :) hug n kisses muahhh
bukan aku buat pun tapi tolong taip je.

bila da settle kena packing baju, cari buku merah. Ramadhan pun kena luaskan pandangan. salam ramadhan semua moga ramadhan kali ni penuh barakah kepada kita, kesabaran terima ujian. dan paling penting perbanyakkan amalan dan moga diterima. berdoalah moga Dia beri kita masa untuk tunaikan puasa sehingga ke penghujungnya. ada jodoh pertemuan kita jumpa lagi, andai ni naskah hati terakhir maafkan aku atas segala kesilapan jangan dikesali pemergiaan ku, dan doakan aku tenang disana. aku bukan terlalu negatif tapi kita tak pernah tahu bila kita ditarik nyawa. aku menyayangi kalian yg menyayangi aku. ade ruang dan waktu kita jumpa lagi! assalamualaikum.

salam ramadhan.




Sunday 7 July 2013

Kisah sebiji telur

Jumaat. kita disunatkan pakai warna putih sebab bersih cantik. dan alangkah indahnya jika kaum lelaki berebut untuk ke masjid bukan kerana terpaksa tapi dengan keikhlasan.

pemergiaan kaum lelaki ke masjid juga dicatatkan pahala, begitu juga dengan cara ke masjid. jalan kaki lagi banyak pahala dapat dikumpul. minit pertama diberikan ganjaran seumpama seekor unta, minit kedua seekor lembu, minit ketiga seekor ayam dan minit keempat sebiji telur ayam. minit yang seterusnya tidak dicatatkan kerana malaikat naik bersama-sama imam di mimbar.

tapi situasi yang dapat dan selalu kita lihat kaum lelaki berebutkan telur ayam bukan unta. kalau lah semua orang memilih kancil dari sebiji ferrari, siapa dapat naik ferrari?  kalian beruntung wahai kaum lelaki rebutlah pahala itu!

ingat sesibuk mana pun kita bersujudlah kepada pencipta. tanda syukur. tanda terima kasih. boleh kan? sibuk bukan alasan, Dia lagi sibuk. kita sibuk apa lah sangat kan?

kan lagi sweet bila orang mengingatkan kita tentang kewajipan dari menanyakan dah makan utk kali ke berapa ntah. hihi. menegur tak semestinya alim kan? kita masuk syurga sama2. InsyaAllah :)

mudah-mudahan,
azmirarohani.

Best Friend Forever

mom..dad hafiz nak kahwin! :)
hah! kenapa Hafiz xde bagitahu pun?

kehkeh terkejut mom dad dgr cte aku..
diorang ingat Hafiz bff aku yang nak kahwin. :P
tu yang terkejut tak hengat

so kena explain balik bukan hafiz bff kte la tapi hafiz classmate kte dlu2. :)

p/s: ni slh sorang yg kena layan kegilaan aku, tetamu terawal hari raya, biasa lah org single kehkeh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

azreen punya cte plk, bff aku jgk ni

kalau pergi rumah dia mak dia suruh terus masuk dapur tengok la apa yg ade, masak grr.. ni buat wa ketaq ni.
aku cakap kat dia aku dah tunang. dia just ckp hmm.. hmm..hmm bila nak abis daa?
last2 aku rasa lain pulak, terus ckp tak la kalau aku tunang ke mesti la ajak kau, kau kan tukang basuh pinggan yang terhormat kehkeh. dah ade gf pun sama je dia ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

my next bff is Nita

dia ni power tau, dia yang ajar aku mcm mana nak marah.. pelik kan aku tak reti nak marah :P skg dah jadi garang mcm singa. kalau tak dapat marahh betul2 dalam mimpi pun sempat marah tau..hehe dahsyat x? nita pun belum ade ape2 step lagi so aku dalam safe zone jgk la kn? ;) sayang bff kita xoxo. nita ni baik giler tapi susah nak puas hati (agak cerewet) haha kalau la korang bc entry ak pasti aku kena hempuk laju2 kan? gosh!


sayang korang,
azmirarohani.





Saturday 6 July 2013

sebenarnya saya...

.... sambungkan ayat di atas haha :P



bukan isteri dia..
bukan tunangan dia.. 
TAPI
tumpang pose je.. :P 

talian hayat

tak perlu topup cuma perlu doa dan minta pada Dia ;) ada cara senang kenapa nak susahkan diri kan? doa itu senjata paling penting, penghubung terus pada Dia. ingat selangkah kita mengingati Dia sepuluh langkah Dia mendekati kita.

honestly, saya rasa dari doakan utk bf/gf kita better kita doakan untuk jodoh kita sebab walaupun kita tak tahu dia kat mana tapi doa itu talian hayat untuk dia, romantik tak? belum jumpa dah doakan. feel x? ;)

doa untuk semua, moga kebahagiaan mendatangi kehidupan kita. amin :)

hellooo,
azmirarohani.

Wednesday 3 July 2013

sedia tembak!

dah lama giler tak menembak.. wooo esok dan lusa ade event so boleh menembak :) kejap lagi isi peluru utk preparation esok. tembak? shoot la haha. yg penting hasilnya buat pengantin dan familynya suka :) 

sekeping gambar membawa seribu maksud tersirat :) we touch your future. saya buat semua ni sebab hobi je. tapi dah de permintaan, why not kan? ni pun tengah belajar & upgrade gadjet sikit2 modal ciput :P 

after edit semua insyaAllah boleh upload sekeping 2 buat tatapan. 
wish me luck :) 


ready?,
azmirarohani

Doktor rumah kami nanti

serious? haha just joking la.
Dr tak pandang cik Ira haha.
tapi selalu berangan nak kahwin dgn Dr (apepontakboleh)

banyak sangat tengok drama ni :P 
bila fikir secara logik tak boleh jgk 
kenapa? 
sebab kalau dah kahwin dgn Dr nanti tak boleh g klinik lagi. 
tak best kan? hurmm :( 

bila aku sakit je bawak je jumpa Dr 
bila dah jumpa terus sihat :) 
tengok tak susah pun. 
mcm mommy ckp aku spesies suka g klinik haha
sampai hati mommy 

ok stop dreaming Ira! 
you're in reality now! *sigh
angan-anganku musnah haha. 

otak pun jeles bila aku fikir cm tu, 
tak kisah la siapa pun janji dia leh layan budak manja ni :P 
malas nak fikir, berangan tak boleh otak jeles haha 


ohmydoctor, 
azmirarohani.

bertempur di media sosial?

twinkle twinkle little star.. blabla dari td dok nyanyi arghh menyesal tidur ptg td :( ambil mr.purple then update. hurmm nk ckp psl kita dan media likes fb, twitter,keek mcm2 la yg melibatkan kita yang diketahui oleh org lain sama ada follow, add. memang medan2 itu disediakan utk bersosial tapi ingat bukan utk sooosial *sigh

sebaiknya medan itu gunalah utk kebaikan dan tambah apa yg kurang tapi kalau rasa benda itu buat kita tambah dosa baik xde lagi senang :). macam ketagih pulak kan?  aku tak cakap benda itu slh, macam dunia selalu ckp biarlah ni hak individu, itu hanya pendapat aku je. yg lain up to u la.

bagi aku media yg ada bukan dikhaskan dan tempat bebas dosa utk kita kritik,kutuk dan mengata org lain. dari situ orang boleh nampak pemikiran kita. jadi nanti buat org fikir bukan2, maybe ms kte update tu kita marah,geram dan sakit hati tahap cipan ke..hehe. tapi kalau boleh elak,elaklah jangan biasakan diri kita kutuk org. tak puas hati direct bagitahu dia tanpa menjatuhkan maruah dia. jumpa dia secara personal tak pun inbox,pm,dm or sms dia bagitahu apa yg kita tak puas hati. kan senang kita tak sakit hati dan dia pun tahu :)

my short story : aku de sorg kwn yg ikut fesyen, free hair tapi dia ok best kawan dgn dia. bukan tak tegur dia de jugak tapi cara lembut la. masa aku tgh keluar dgn dia. tetiba sorg coursemate aku panggil kwn td, kwn aku pergi ke meja thats guy dgn member2 dia terus dia tegur tak elok pakai macam ni, kita kan islam.

aku? gulp! aku tak de alim dan fasik sangat. bro tak salah nak tegur, tegur itu bgs utk kebaikan tapi cara tak kena. kenapa? sebab maruah perempuan itu anda tak jaga, anda tak fikir dia akan malu bila ditegur dikhalayak walaupun dia tak mengenali kawan anda. kalau kenal pun tak boleh, tegur secara berhemah kan boleh. :)
aku cakap kat kwn aku, betul ape yg coursemate tu tegur tapi cara dia slh. maafkan aku jika kata2 dia guris perasaan kamu. aku teringin melihat kamu pakai tudung kerana Dia.

setiap org buat salah, tapi bagi peluang utk berubah. kalau tak boleh terima sangat, tinggalkan dia dan mula hidup baru. selama ni sebelum dia muncul kita ok je teruskan hidup jadi kenapa kita kena ambil masa yg lama utk pergi? :) yg pergi tak perlu dikutuk kerana org itu adalah teristimewa yg pernah hadir dalam hidup.

aku bukan baik tapi cuba jadi baik.

cuba dan terus cuba,
azmira rohani.

Monday 1 July 2013

bengang!

hari ni barang yg aku order minggu lepas da smpai tapi bukan dari tangan posmen. dah banyak kali dah posmen slh hantar! encik posmen tolong la check betul2 dan dapatkan pengesahan sebelum serahkan barang atau surat. yang aku bengang sangat aku dapat brg tapi nama n alamat kat sampul pun leh hilang. yang paling tak puas hati nampak kesan gam baru tampal, bau pun tak hilang lagi!

warghhh! nampak sangat org yg terima benda tu tak amanah, tolong la respect hak org lain jangan sesuka hati nak bukak even kita kenal pun org tu! plis..

abis melekat gam kat tangan aku, kalau anda tak buka kan senang tak payah susah payah nak beli gam. nak cakap tersalah surat takkan anda tak baca nama yg tertera kat sampul, ayooo nama sendiri pun tak tahu ke? ;) sigh! nasib baik mary kay aku tak hilang..


amanah itu tanggungjawab,
azmirarohani.