Thursday 19 December 2013

Kaki perlu melangkah

hidup sentiasa penuh dengan misteri walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai  cerita
terlalu sukar untuk merungkaikannya
dalam tenang ada gusar
dalam bahagia ada airmata
namun kita tetap mampu hadapi kerana Dia takkan beri sesuatu yang tak mampu kita hadapi

kita akan kuat dengan doa
itu perisai kita kala ditolak @ tersungkur menyembah bumi

rezeki
tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa tahu
kadang2 rezeki datang tanpa diduga
rezeki juga sebuah ujian
adakah kita mampu seperti harapan yang disandarkan
jangan mengalah sebelum mencuba
kita takkan bermula tanpa percubaan
kita takkan dipuncak tanpa melangkah
rezeki ada pelbagai seperti pekerjaan, harta, suami/isteri dan anak2

sedarkah kita? kita selalu merancang untuk membina sebuah keluarga bahagia disamping isteri/suami tercinta dengan gelak tawa anak2 jadi mengapa tidak untuk kita merancang mahu ke syurga bersama2? 
syurga adalah matlamat asal kita, dunia hanya sebuah persinggahan, harta cuma daki, ilmu amal jadi bekalan disana kekal abadi. 

kita sering mengatakan mahu ke syurga tapi kita tak pernah berusaha untuk ke sana. jadi bagaimana? tercapaikah matlamat atau sekadar tinggal impian? 
umpama menunggu kapal terbang tanpa tiket
umpama update status lapar tanpa menyuapkan makanan ke mulut
berusahalah selagi masa masih ada
masa makin singkat
jadi berubah sedikit demi sedikit
agar kita mendapat tempat di syurgaNya
insyaAllah.

menujusebuahdestinasi,
azmirarohani.

Wednesday 18 December 2013

jadikan subuh superb!

...dengarlah nasihat walaupun dari seorang pelacur...
dengar  apa yang diperkatakan bukan memandang siapa yang berkata
sebabnya jika kita hanya memandang siapa yang berkata
kita mungkin mendengar sebabkan hipokrit.
kenapa hipokrit?
kerana mahu tunjuk "perubahan" depan orang itu
jangan pegang kata2 "pandai makan pandai simpan" untuk situasi ini.

tak semestinya orang yang kita pandang buruk langsung tiada kebaikan dalam dirinya 
begitu juga orang yang sentiasa kelihatan baik tiada kekhilafan dalam diri
kita bukan insan yang sempurna.
jadi terima nasihat walau dari sesiapa pun jika ia mendatangkan kebaikan kepada kita. 

sebuah cerita di subuh dingin
selimut adalah sesuatu yang paling berat untuk dialihkan dari badan bagai berkilo2 tan beratnya
betulkan?
masa tu kita perlu jadi superhero untuk alihkan selimut itu.
bangun! lawan hasutan syaitan
come on kata kuat, ckp bergegar-gegar tapi subuh tak bangun, choilah! 
kalau nak cari special one cari yang mampu, wajib dan istiqamah bangun solat subuh
kerana di situ kita akan tahu bagaimana keperibadian dia. 
itu titik mula
sebuah cerita.
jika baik mulanya insyaAllah baik akhirmya. 

solatlah dibelakang imam sebelum disolatkan didepan imam. 


tintaditari,
azmirarohani.

Monday 16 December 2013

menjentik semangat anak Malaysia

bertuah anak2 Malaysia
baru terlintas terus dapat 
tak kira dari segi  makanan atau apa sekalipun
cuma perlu minta dengan mak ayah sahaja

anak2 Malaysia terlalu manja
panas sikit sudah bising, biasalah celik2 mata berhawa dingin
cikgu marah belum lagi naik tangan 
terus mak ayah datang bagai mahu berperang
itu yang menjadikan anak2 degil, tak ada sikap menghormati orang lain
mungkin juga samseng masa depan
kalau hendak melentur buluh biar dari rebung
bukan bila dah jadi buluh tak guna dah!

di bumi Kemboja
lantainya masih papan
white board juga daif
dapur asrama masih menggunakan dapur kayu
terlalu berbeza dengan anak2 kita
tapi semangatnya mereka untuk menimba ilmu

anak2 kita kemudahannya tiptop
tapi malas, tak sedar dan terlalu taksub dengan 'benda2 yang tak menjaminkan masa depan"
bila mahu buka minda, wahai anak2 Malaysia?
ayuh jadi anak2 berguna untuk agama, bangsa dan negara. 
cuba fikir kita cukup bertuah. 


darihati,
azmirarohani

Friday 13 December 2013

opening my disember

10.12.13
thanks for Charles & Keith :)

11.12.13
ramalan tak menjadi hihi 
kita hanya merancang 
tapi Dia yang menentukan 
jodoh pasti ketemu insyaAllah

12.12.13
ulang tahun kelahiran my special one (nenek) my wonderful women ever! ;)
birthday yang ke 71
moga sentiasa dirahmati Allah, diberi kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan yang membahagiakan.
amin. 
i always love you nanny :)
semalam sambutan bersama anak2, cucu2 serta cucu menantu.
tapi i xdpt nak join.. sobsob

24-29/12
akan mula bercuti, cuti akhir tahun hihi

ok jumpa lagi. jaga diri hiasi peribadi. sedekahkan senyum yang tak perlukan modal :)


nice friday,
azmirarohani.