Thursday 1 August 2013

cinta yang membahagiakan

ya! cinta sebuah anugerah kurniaan Illahi buat manusia. tapi cinta yang haram itu umpama air laut yang masin, semakin diminum semakin haus! kenapa memilih yang haram jika boleh mencari yang halal? sebab terlalu risau yang kita tak laku? itu salah kerana org yang baik lagi berharga dia bukan membilang seberapa ramai yang dia pernah cinta tetapi cinta dia terlalu mahal utk yang halal. :)

cinta tak semestinya antara lelaki dan perempuan. cinta pada sahabat juga cinta pada keluarga. alhamdulillah aku ada sebuah kenangan yang terlalu indah yang dihadiahkan sepanjang perjalanan aku di dunia ni, aku dapat pergi ke masjid bersama-sama daddy meredah hujan :) terima kasih ya Allah atas nikmat dan hidayah yang Kau limpahkan.

cinta lelaki dan perempuan satu fitrah. banyak persinggahan dalam pencarian. bagi aku cinta ini tidak boleh terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. kan bagus kalau dia kenal kita tanpa sengaja dan terus berjumpa wali kita untuk menikahi kita daripada bertahun ke hulur ke hilir tanpa ikatan yang sah. baik dia kenal Dia nanti dia akan kenal kita. insyaAllah.

sekian,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment