Thursday 29 August 2013

Dunia Perfileman

terpanggil utk beri pandangan tentang dunia perfileman Malaysia. sekarang sebelum wayang dipertontonkan dimulakan dgn nyanyian Negaraku. tapi yang peliknya ramai yang merungut, leceh atau mungkin malu untuk menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan. Kita kat Malaysia atau mana? lain la kita bukan orang Malaysia. budak2 pun tahu menghormati lagu Negaraku, mungkin sekarang anda bergaji puluhan ribu jadi anda malu nak nyanyi lagu negara. dah cukup dewasa dan tahu rasa jangkal nak nyanyi, ok tak nak nyanyi tak pe at least respect la sikit. tolong ya? :)

                                       **************************************


satu lagi sikap segelintir org Malaysia yang suka memperlekehkan hasil karya orang lain. kutuk2 tapi bila free terus download, come on people! memang duit kutipan bukan untuk anda tapi ingat hasil titik peluh orang yang menghasilkan, betapa kerja keras, kita senang sekali "menikmati" percuma. bayangkan anda kerja tanpa gaji. marah atau gembira? sepertimana kita tahu filem KL GANGSTER 2 menelan bajet yang tinggi tetiba hasil karya dicuri. perit rasanya. 



kepada Syamsul Yusof anggap ni sebagai dugaan kerana "Allah takkan menguji jika kita tak mampu untuk hadapinya" kita sangka hujan tapi kita lupa mungkin pelangi yang menanti. 

segelintir orang Malaysia lebih suka mengagung karya luar, karya tempatan dianaktirikan. tahu saja filem tempatan terus judge, ala klise je ni tak berbaloi bayar. kita selalu lupa untuk mengkritik itu senang, nak buat sesuatu bukan kerja senang. senario yang biasa kita lihat, jika filem luar kita sanggup beratur, teruja. kenapa? periksa. :) lebih awesome? lebih thrill? tapi anda tak terfikir bagaimana pengkarya tempatan nak hasilkan lebih baik jika kita sendiri tak beri sokongan. sendiri mau ingat la brader. rileks brader, brader rileks ;) 

tapi tak boleh nk slhkan pendownload jgk sebab cm ne nk download kalau tak ade yang upload kan? pi mai pi mai tang tu jugak. berani buat berani tanggung.

makan cili baru tahu pedas,
AzmiraRohani.






No comments:

Post a Comment