semalam hp aku tak henti berdering, serta deretan msg masuk tapi aku malas nk tgk hp, aku sudah tidur sebetulnya. selalunya waktu2 macam ni pasti sahabat2 mahu bersembang malam. jadi aku memang mengantuk dan perlukan rehat utk bangun sahur. aku memang pantang bila tidur terganggu. campak hp ntah ke mana. pagi ni pulak jam5 pagi baru bangun utk sahur, bangun2 cari hp dan buka pesanan mengatakan seorang sahabat telah pergi, ya, pergi menemui Illahi. bila baca sms tu aku rasa itu satu gurauan. sungguh aku tak percaya, kerana sahabat itu tidak pernah sakit.
aku terus ke dapur dan sahur sambil fikir, betul ke ni? tapi benda mcm ni takkan nk buat main2. hmm. aku capai hp cll his bestfriend, nyata benar. Innalillah. moga roh kamu tenang wahai sahabat. itu doa ku.
beberapa bulan lepas, kami bersama2 tunang dia melepak, bg pinjam kereta, tengok wayang, lyn steamboat dan kali terakhir adalah dinner di TGI sebelum aku pergi ke bumi kenyalang. kamu sahabat yang baik, yang susah utk dicari ganti. sanggup tunggu aku depan LHDN pagi2. betul kata org bila seseorang pergi segala kenangan bersama dia akan kembali terlayar di ingatan. sejak tahu kesahihah berita itu, sampai sekarang aku masih tak mampu pejamkan mata.
maafkan aku sabahat. sabar wahai teman, aku tahu kamu kuat. Allah takkan uji jika kamu tidak mampu. aku masih tak mampu utk mengirimkan sms buat temanku (situnangdia) aku tidak tahu bagaimana utk memulakan. doaku moga kamu tabah. aku mengerti perasaan kamu, walau aku cuma sahabat aku terasa kehilangan dia, tambah2 lagi kamu yang sentiasa dihati.
al-fatihah.
sahabatmu,
azmirarohani.
No comments:
Post a Comment