Tuesday 6 August 2013

kerja atau raya? kerjaraya

woo raya raya jugak tapi kena settle keje dulu. hehe. walaupun tinggal 2 hari lagi before berhari raya tapi aku masih tak mampu nak hadap biskut arghhh! tapi keje pun ok jgk. yang pelik kenapa org selalu merungut pasal keje? tapi tak pernah merungut bila terima gaji. melainkan gaji itu lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. betul x? kita kena ikhlas dalam melakukan keje sebab itu punca rezeki kita, makan gaji buta tak berkat maa. so aku masih bersemangat untuk buat keje walaupun cuma tinggal 2 hari lagi :D

topik perbicangan semalam tentang hati. dia tanya kalau ada seorang lelaki mahu melamar adakah aku terima? aku kata aku tak kisah kerna aku kira itu jodoh buat ku. tapi tak de lah aku terima tanya periksa. satu saja syarat beritahu tentang hasrat dia kemudian jumpa daddy mommy pastu imamkan kami. test jadi imam hehe.

kenapa imam? dia cakap tak semua lelaki terutamanya yang muda jadi imam. jawapan aku senang, jika seorang lelaki mahukan bakal surinya pandai memasak kenapa perempuan tidak boleh meminta seorang lelaki yang memimpinnya ke Jannah mengimamkan sekeluarga. dush! nah simple kan? :P


cuba,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment