Saturday 17 August 2013

Pukul Isteri?

terkedu & hati marah bila tengok video dalam lif tentang seorang suami memukul dan menendang isteri. wahai suami, sebelum melakukan perkara tersebut ingatlah dia isteri kamu, ibu kepada anak2 kamu, jika saat ni kamu sudah membenci dan menyampah dengan dia, ingatlah dia adalah wanita yang pernah bertakhta dihati kamu. wanita bukan lawan kamu, tahukah kamu wanita adalah golongan yang lemah yang sepatutnya dilindungi, disayangi. jika adapun kekhilafan yang dilakukan bukan begitu caranya. ingat tak bagaimana saidina Ali menghukum Fatimah? hanya mengikat 100 batang lidi dan memukul sekali. (jika salah maafkan saya).

anak2 pasti trauma dengan kejadian itu, anak2 muda juga terkesan dengan perbuatan kamu mungkin jadi penyebab baru untuk mereka tidak melangkah ke alam perkahwinan, siapa tahu kan?

setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, keganasan bukan caranya. ini pendapat 20sen saya.

"semuanya bermula dengan agama, kerana rupa, harta bukan jaminan sebuah kebahagiaan" cari Dia pasti dia kenal kamu.

sayang menyayang,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment