Saturday 27 July 2013

sebuah episod

aku yang patut.. yang patut berikan segala..
jodoh sememangnya klise dengan entry saya. tapi banyak benda nak cakap, soal cinta banyak yang mahu dibangkitkan untuk peringatan saja sekadar perkongsian rasa. 

saya juga manusia biasa yang mengimpikan saat2 romatis. ceh! ayat. bermain gitar dan menyanyikan lagu cinta sudah terasa istimewa "..dekat padamu arah inginku tuju walaupun jauh akan ku gegas berlari, walau tinggi bisa ku terbang dilangit walau sedalam mana akan ku selami kerna cinta sedalam itu mekar bila ku dekat padamu.." tetapi lebih bermakna bila dia juga mampu mengalunkan ayat-ayat cinta Allah (al-quran). hati saya tersentuh dan menangis saat dengar bacaan ayat al-kafirun oleh seorang ustaz muda di masjid. indahnya! subhanaAllah. semoga dia nanti punya agama kerana tanpa agama dia tak mampu menjagaku sepenuh hati kerna dia tak mampu menjaga cinta dengan Dia pencinta agung no 1 mana mungkin dia mampu menjaga, menyayangi dan mencintai kita :) berdoalah, baiki diri kita insyaAllah dia juga sedang mendekati Dia. moga dia datang dengan agama dan bonus-bonusnya! cantik luar dan cantik dalam. 

moga ramadhan kali ni dapat dilalui dengan penuh bermakna kerana belum tentu kita jumpa ramdhan akan datang, usahkan akan datang esok pun belum tentu. luangkan masa kita untuk Dia. hati mula tergugat untuk ke masjid bila hujan, namun setelah berfikir sejenak, jika mahu jumpa kekasih hati usahkan hujan, ribut menbadai juga pergi. oleh kerana hujan yang menurunkan rahmat kita mula tawar hati untuk jumpa Dia. dan yang baik usahalah :) pinta pada Dia. moga ramadhan kali ni ramadhan terakhir sebagai bujang.amboii tak salahkan? tahun depan p terawih dengan suami, alahai sweetnya! ;) 

setiap yang hadir dalam hidup saya adalah anugerah, terima kasih. 



tulus kasih,
azmirarohani.






No comments:

Post a Comment