Saturday 27 July 2013

madu asli

kata orang nak tau madu tu asli ke tak, bawak balik rumah kalau isteri mengamuk "ASLI" ler tu haha :P MADU adalah perkataan yang sensitif bagi kaum wanita walaupun dalam gurauan. wow! hebatkan satu perkataan yang mampu menganggu gugat ketenteraman jiwa seorang wanita. 

kenapa entry kali ni pasal madu? adakah saya tidak punya perasaan? first nak cakap madu ada dua jenis 1;boleh diminum 2;yang kita akan menyampah dan tak boleh senyum langsung. hihi :P 

madu yang pertama boleh diminum adalah sangat berkhasiat dari aspek kesihatan, kecantikan. tapi madu tidak boleh dimakan dengan menggunakan sudu besi seeloknya gunalah sudu plastik (baru je tau ni), madu juga tidak boleh dimakan serentak dengan tembikai. betul ke tak saya tak pernah cuba. 

madu kedua adalah orang yang ketiga antara kita dan suami, boleh jadi juga orang keempat dan kelima. bila diperhatikan dalam kehidupan bermadu tak ramai yang menempuh manisnya madu untuk mendapatkan payung emas tu. rata-rata yang dapat dilihat gempa bumi dalam rumah tangga, perang dunia adalah sesuatu yang klise. ya ampun! tapi yang lebih mengejutkan dan menghairankan kenapa isteri yang kedua akan memaki hamun dan memarahi isteri pertama sedangkan dia yang mengambil suami orang? saya masih tidak punya jawapan.. 

berkongsi kasih bukan sesuatu yang mudah malah ia juga sesuatu yang pahit ditelan. kata seorang teman, jika suatu hari nanti suami kamu curang maka benarkanlah dia bernikah supaya kemaksiatan dapat dibendung. oh! begitu mudah dia berkata-kata kerna dia seorang lelaki. wahai lelaki selamilah hati kami, kami mahu dicintai dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. haha ayat serius ni ;) 

jawapan saya pada teman tersebut, jika saya mengetahui dia sudah berkahwin lain nanti, saya akan buat-buat tak tahu. kenapa? adakah kerana saya tidak sakit hati? tidak! ini kerana apabila saya menyatakan saya sudah mengetahui dia sudah mengahwini wanita lain, pasti dia akan berterus-terang itu akan menguris hati saya yang sudah hancur. selain itu, dia mungkin akan mula melakukan giliran yang dulunya dirumah saya sahaja. kawan saya gelakkan saya dan mengatakan kebijaksanaan saya. 

ah! itu bukan sebuah realiti, moga dia akan menyintai saya sepenuh hati, moga Dia tautkan cinta kami sampai syurga.

berharap yang terbaik,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment