Sunday 7 July 2013

Kisah sebiji telur

Jumaat. kita disunatkan pakai warna putih sebab bersih cantik. dan alangkah indahnya jika kaum lelaki berebut untuk ke masjid bukan kerana terpaksa tapi dengan keikhlasan.

pemergiaan kaum lelaki ke masjid juga dicatatkan pahala, begitu juga dengan cara ke masjid. jalan kaki lagi banyak pahala dapat dikumpul. minit pertama diberikan ganjaran seumpama seekor unta, minit kedua seekor lembu, minit ketiga seekor ayam dan minit keempat sebiji telur ayam. minit yang seterusnya tidak dicatatkan kerana malaikat naik bersama-sama imam di mimbar.

tapi situasi yang dapat dan selalu kita lihat kaum lelaki berebutkan telur ayam bukan unta. kalau lah semua orang memilih kancil dari sebiji ferrari, siapa dapat naik ferrari?  kalian beruntung wahai kaum lelaki rebutlah pahala itu!

ingat sesibuk mana pun kita bersujudlah kepada pencipta. tanda syukur. tanda terima kasih. boleh kan? sibuk bukan alasan, Dia lagi sibuk. kita sibuk apa lah sangat kan?

kan lagi sweet bila orang mengingatkan kita tentang kewajipan dari menanyakan dah makan utk kali ke berapa ntah. hihi. menegur tak semestinya alim kan? kita masuk syurga sama2. InsyaAllah :)

mudah-mudahan,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment