Monday 4 February 2013

menyerah sebelum kalah? Kanser serviks


Kanser serviks merupakan pembunuh ke dua wanita di Malaysia selepas kanser payudara.  Banyak kempen kesedaran telah diambil cuma bergantung pada individu itu sendiri untuk mengambil inisiatif.



Saya nak berkongsi sedikit info mengenai vaksin ‘kanser serviks’. Saya telah menjalani  rawatan pencegahan pada tahun 2012 di usm. Pada masa itu, ada pakej harga untuk pelajar.

Saya perlu mengambil tiga suntikan vaksin.vaksin tu comel sangat warna pink :) ok sempat tgk jarum sblm mata pandang tempat lain hihi

Harga setiap suntikan itu RM150 jadi saya kena bayar RM450 untuk 3 suntikan.  Chop! Kita bukan ambil ketiga-tiga suntikan itu sekali gus. Ingat tau!
Selepas suntikan pertama, kita perlu tunggu sebulan untuk mengambil suntikan kedua dan mengambil suntikan ketiga selepas tiga bulan.



Orang yang sedang haid tidak boleh mengambil suntikan ini, saya rasa sebab badan akan lemah sangat selepas ambil suntikan jadi nasihat itu perlu diambil berat.

Kita berehat selama 15minit untuk mengetahui kita ada alahan atau tidak selepas suntikan itu. saya sempat dlm 1 jam sahaja sebelum tertidur dalam 5-6 jam untuk recharge balik tenaga.  Memang rasa lemah sangat.Selepas rehat itu, baru ok. jangan takut jarum :) 



Jadi kita sebagai wanita kesihatan perlu dititik beratkan, wang boleh dicari.

Pernah ambil suntikan,
Azmirarohani.

No comments:

Post a Comment