bersendirian dalam ofis sambil dengar gelak ketawa, bual bicara dari orang sekeliling tapi mata aku terpaku pada blog http://prodigiousburnsoul.blogspot.com/2013/02/deklarasi-pada-spekulasimaafkan-aku.html fokus fokus aku mula fokus hingga airmata aku menitis.. sungguh aku sebak.
aku sedar saat yang paling bahagia dalam hidup aku adalah berada dalam pelukan ayah dan ibu. aku rindu. rindu untuk menatap mata dan mendengar nasihat yang tak pernah mereka lupa untuk titipkan agar anak gadis mereka menjaga diri. kata mereka untuk jaga diri aku perlu jaga hubungan dengan Dia di situ sudut aku jaga diri diukur dan dinilai. walaupun kita jauh dan hanya sesekali bertemu muka kerana tuntutan kerja namun aku tak pernah putus mendoakan kesejahteraan mereka. moga ayah dan ibu sentiasa sihat dan terus mendoakan anaknya yang dibebani kerja yang takkan pernah habis. aku sayang kalian seumur hidupku. doa dan restu kalian sentiasa dijadikan semangat saat aku jatuh. aku cuba bangun dan kuat kerana kalian. anak ayah dan ibu takkan menangis lagi. itu kata2 pada diri saat aku jatuh. sesakit mana aku, aku taknak mengusarkan hati org2 kesayangan aku. biar aku rasa. jika tak mampu aku pejam mata yang pasti airmata ini menitis lagi. cukuplah aku hanya berikan senyuman untuk kalian tatapi untuk kalian bersenang hati.
insyaAllah jika diizinkan Allah kita akan jumpa raya nanti. tiket dah beli yeay! walaupun sekejap sudah cukup untuk mengubat rindu dendam. rindu bau masakan ibu membangunkan aku sebelum subuh. rindu makan bersama ayah. rindu adik2 yang nakal sgt. rindu putih (kucing) yang satu2 aku berani :P bangun untuk solat subuh putih geselkan badan minta makanan. sungguh aku rindu! kalian tetap keutamaan aku walau dimana aku berada. ingat aku dalam doa kalian :)
berikan aku kekuatan,
azmirarohani.
No comments:
Post a Comment