Monday 27 May 2013

yahooo kahwin!!!

pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu.. dulu hanya tengok mak ayah pergi kenduri kahwin anak kawan diorang. kali ni saya pula pergi memeriahkan majlis kawan. wah! masa sangat cepat kan?



bagi yang bergelar raja sehari tahniah dan selamat berbahagia sampai syurga, sirami rumah tangga mu dengan kasih sayang :) tahniah kerana anda sudah menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama.

asakan demi asakan soalan bertali arus kali ni bagai tsunami menbadai.. hehe.

soalan yang femes kali ni,

                               mana dia? 
                               datang sorang ke?
                               bila nak langsung?

ok lah nak jawab kat sini boleh? :)

dia? insyaAllah ada, sebab Allah dah tulis dalam Loh Mahfuz 
ye, masih sorang 'single', Allah masih 'simpan' dia
InsyaAllah nanti bila Allah temukan dia

jangan risau benda baik saya akan hebahkan nanti, kecil atau besar bukan persoalan tapi akan dikhabarkan. doakan ya? saya juga mahu bersama dengan dia nanti. ;)

ku tunggu sayangku,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment