Friday 31 May 2013

Buta kerana cinta

pastinya semua yang buta kerana cinta adalah buta dalam keindahan. cinta boleh buat kita ke awangan. tapi untuk sayang seseorang kita patut siasat siapa dia sebenarnya, bukan hanya menerima disebabkan tekanan bahawa orang lain dah ada 'seseorang' jadi kita pun patut ada seseorang.

kita juga perlu dengar pandangan dan pendapat orang lain mengenai orang yang kita sayang dari kaca mata mereka. jangan pekakkan telinga dan butakan hati untuk menerima sesuatu bulat-bulat. berlaku adillah kepada orang sekeliling. jangan rasa yang kita dah lama kenal dia, maka orang lain tak patut beri pendapat mengenai dia.

paling menyampah bila bagi nasihat, kita menganggap orang itu hanya cemburukan kebahagiaan kita. ok sayang-sayang sekalian, jangan bila menangis nanti cari kawan, tak ade untungnye kawan-kawan nasihatkan kita jika mereka tak sayangkan kita. tak payah lah fikir negatif sangat tentang kawan kita. "seberapa banyak masa yang dihabiskan untuk mengenali seseorang bukanlah pengukur sesebuah kebahagiaan"

cuba celik mata,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment