Sunday 5 May 2013

kita pilih

cuaca yang panas terik tak menghalang orang ramai untuk keluar mengundi yang juga tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia baru saya tahu 'kemeriahannya'. muka-muka yang dah lama tak jumpa bila berjumpa bagaikan keluarga. mesti anda juga merasakannya bukan? ;)

buatlah pilihan yang terbaik bukan untuk kita tapi untuk generasi masa depan. ini tanah kita kalau tanah ini tergadai mahukah kita mengemis di tanah yang diwawarkan ini milik kita? sadis.. 

undi bukan bahan eksperimen atau umpama menang sorak kampung tergadai kawan, ya saya bukan orang yang tepat untuk membicarakan soal politik kerana masih hijau berbanding kalian. tapi saya juga punya hak ke atas 1 undi dan undi ini akan menentukan anak-anak saya dimana 5 tahun lagi. 

anda bijak, nilailah yang terbaik. 

saya ada satu perkongsian, yang saya lihat di manifesto.. 

"adakah anda solat?" jika anda solat  mengapa undi BN? 

pada pandangan saya yang naif, undi bukan penentu kita ke syurga atau ke neraka melainkan amalan kita. kita mengatakan kita menyokong perjuangan Islam tapi kita tak solat, puasa dan sebagainya, adakah kita dapat tiket ke syurga dengan hanya mengundi? fikiran anda bagaimana? 

ada juga dijalanan memangil parti lawan dengan panggilan syaitan, saya terkedu siapa kita untuk memanggil orang sebegitu, nabi tak pernah memanggil orang begitu walau bermacam ancaman yang dilemparkan ke atas baginda. 

betulkan saya jika saya salah. 

darikacamata, 
azmirarohani.


No comments:

Post a Comment