Friday 3 May 2013

Kalau Dah Jodoh

ikan dilaut asam di darat dalam periuk bertemu jua..

jodoh terlalu subjektif untuk dikupas, bagaimana, siapa semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz semasa kita dalam kandungan lagi. subhanallah! hebat dan betapa besar kekuasaanNya.

walau sekarang mungkin kita dah 'park' seseorang dalam hati kita tapi kita masih tak tahu benarkah dia jodoh kita atau sebaliknya. jadi walau sebanyak mana pun sayang kat org sekarang jaga utk org yang sah untuk kita syg nanti.



kadang-kadang nak tergelak tengok kawan-kawan yang bertemu jodoh dengan orang yang selalu dorang gaduh, hehe sweet kan? kadang-kadang orang selalu kita jumpa dan kita tak pernah impi tetiba dialah orgnya.

ada juga kes yang baru je terjumpa terus ajak kahwin bahagia sampai hari ni, Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. sabar. kadang-kadang dah lama tak jumpa ni, bila jumpa terjatuh pulak cam ne? ;)

bila kita cakap kalau ada jodoh ada lah.. org mesti anggap kita tak cuba untuk setia dan pertahankan hubungan itu. jawapan saya, selagi dia tak genggam tangan wali saya, harapan saya untuk bersama awak masih jauh dari gapaian. bukan bermakna saya mencuba untuk tidak setia..

jodoh itu rahsia Allah, walau kita dan dan dia terpisah oleh benua atau serata ceruk sekalipun Allah akan pertemukan kita. yakin dengan Dia. enggang dan pipit pun tak bawa makna apa-apa jika memang nama kita dan dia telah bersatu di Loh Mahfuz.

doa setiap hari moga jodoh kita boleh membawa kita ke Jannah, jadi seorang yang mentaati Allah, boleh beri kasih sayang dan bertanggungjawab. insyaAllah kita selamat. doa menjadi talian hayat cinta untuk dia. dia pasti jaga diri dan hati untuk kita.



wang berjuta tak mungkin dapat selamatkan dan beli tiket ke Syurga. ;)

pada yang sudah dan bakal berumah tangga, saya doakan moga kita sama-sama membawa orang kesayangan kita ke Jannah. hebat dan besar dugaan hidup kini tapi dengan adanya agama insyaAllah segalanya baik-baik saja.

insan biasa,
azmira rohani.






3 comments:

  1. saya setuju.... insyaAllah, semoga kita akan bertemu jodoh yg terbaik.. :)

    ReplyDelete
  2. The bad females are for the bad males and the bad males are for the bad females. And who are good females are for who are good males and who are good males are for who are good females. Those are ones declared innocent of what others say. For them is forgiveness and generous provision. An Nur 24:26... insyaAllah when it's time, then it's time.. hehe... salam perkenalan..

    ReplyDelete