Thursday 11 April 2013

ini kalilah atau tukar?

APRIL yang penuh warna warni, meriahnya! holla april plis be nice :) kat tv terpampang april bulan raikan cinta, minggu setiausaha dan paling hangat tentang undi dan manifesto yang merata-rata.

jadi saya terasa nak buka satu entry pasal politik. keluar rumah pasti kita dapat lihat bendera biru, hijau itu fenomena biasa bila menjelang pilihan raya. macam nak raya je gamaknya!

apa yang cuba saya sampaikan bukanlah pro kepada mana-mana pihak tapi sekadar perkongsian, kita boleh berpolitik tapi jangan lah sampai menjatuhkan maruah dan membuka aib orang lain bukan ke itu akan menambah dosa kita sedangkan pahala kita tak banyak sangat pon. berpolitik lah secara sihat.

kadang-kadang jika diperhatikan pengikut yang terlebih emosi, pendek akal dalam menyampaikan ideologi tapi saya juga terasa "takut" bila ada yang sampai tahap taksub. bila hal macam ni berlaku saya lebih suka diamkan diri, diam tak bermakna salah tapi takkan lah saya nak bertikam lidah sedangkan apa yang saya cakap belum tentu diterima walaupun betul. tak percaya? cuba anda lakukan :)



perkara pertama yang seringkali kita dengar adalah mengenai isu spr tak telus dan blabla. persoalan saya : jika spr tak telus, maknanya pihak lawan yang kalah di sesuatu tempat boleh mempertikaikan kemenangan pihak anda. letakkan situasi anda disitu, katakan anda menang dan orang pula mempertikaikan kemenangan anda yang selama ni anda mengatakan spr tak telus. haha berasap tak?

perkara kedua : adalah berkenaan calon dari sesebuah parti. pihak yang satu lagi akan mencari jalan untuk menjatuhkan pihak itu, secara logiknya manusia mana yang tak pernah buat salah, kita pun pernahkan? kita bukan maksum.  apa yang saya lihat di Indonesia semasa kedatangan saya di sana pada waktu pilihan raya mereka tidak memburukkan parti lawan sebaliknya menyenaraikan nilai-nilai murni dan integriti calon mereka. bukankah itu lebih baik? kita naikkan calon kita dan tak perlu untuk menjatuhkan pihak lawan. :)

perkara ketiga : dalam sesebuah negara takkan pernah ada rakyat yang berpuas hati dengan apa yang diberikan walau sebanyak mana tetap ditutup mata. itu perkara biasa. sekarang saya mahu membuka minda sedikit, kita mengatakan US bebas, itu kebebasan yang kita mahukan. kalau bebas kenapa pelajar kita pernah dipukul dijalanan? itu bebas yang kita cari :)  kononnya kita terkongkong, tak bebas tapi sebenarnya kita tak bersyukur.

perkara keempat yang perlu dititik beratkan kita tak perlu mewarwarkan kita dipihak mana, kita hanya perlu menunaikan tanggungjawab kita dengan mengundi. sebelum mengundi apa yang perlu kita fikir bukan hanya untuk kita tapi untuk masa depan anak kita, sekarang mungkin kita seorang tapi 5tahun lagi jika diizinkan Allah kita berkeluarga. undi sekarang menentukan 5tahun lagi. pilih dengan bijak jangan pentingkan diri.

biru ke hijau ke kita tetap orang Malaysia.

jom mengundi,
AzmiraRohani.


No comments:

Post a Comment