Sunday 14 April 2013

masa yang ada

hari demi hari aku rasa hidup aku dulu kosong ditengah keramaian. aku tak pasti apa yang aku mahu. aku rasa aku puas tapi secara jujurnya kosong. ya kosong! senyuman hanya sekadar penghias wajah, pemanis tapi rasa hati sukar diterjemahkan. bukan tidak apa tempat untuk berkongsi tapi aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa kosong itu. secara tuntasnya, aku tak begitu gemar berkongsi dengan orang lain sebab selama mana orang nak dengar cerita mana, dan sekuat mana dia mampu menyimpan apa yang kita ceritakan. dari kita sakit hati di kemudian hari lebih baik kita simpan untuk diri sendiri. percayalah hidup dengan gelak ketawa, hilai manja dan tersenyum tak semestinya orang itu bahagia dalam erti sebenarnya.

alhamdulillah Allah memberikan aku hidayahNya untuk aku perbetulkan dan buat apa yang sebelum ni aku hanya pandang mudah. teruknya aku. tapi tanpa malu aku mengaku itulah aku yang cuba aku tinggalkan. betul kata orang, jika Allah mahu memberi siapa pun layak menerima sebab itu kita tak boleh menghukum orang. Allah juga boleh mengambil kembali jika Dia mengkehendakiNya.

perubahan demi perubahan cuba aku lakukan selagi masa masih ada, masa yang ntah berapa tahun lagi, ntah berapa bulan lari, berapa hari lagi natah2 berapa minit je lagi untuk berada di dunia ni. bukan senang untuk berubah tapi ia tak sukar jika kita mahukan berserta IzinNya, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.  Allah akan menghantar orang yang boleh membantu kita.

biar orang mengejek, di mata Allah itu lebih nikmat jika disukaiNya.


No comments:

Post a Comment