Wednesday 9 October 2013

kisah penjual nasi lemak

petang2 dalam jam 6 lebih pasti aku dengar suara si ringan tulang "..nasi lemakkkk.. nasi lemakkkk..nasi lemakkk..." masa tu terdetik dalam hati aku untuk bertemu dengan ibunya. oh si ringan tulang itu masih dalam lingkungan 7-9tahun aku kira. kenapa aku mahu ketemu ibunya? kerana bagi aku bagus sekali didikannya. pada pendapat aku, anak2 dlm lingkungan umur begitu terutamanya di zaman sekarang mana mungkin mahu menolong keluarga. itulah suara aku dengar tiap kali berehat selepas penat bekerja. suara itu juga lah buat aku terfikir, anak sekecil itu punya daya untuk membantu keluarga, aku bagaimana? aku punya lebih kudrat kenapa aku tidak mahu gunakan untuk membantu mereka yang aku sayang. suara itu juga menjadi inspirasi untuk aku terus berusaha. ya! terima kasih si cilik. aku percaya si cilik ini mampu menjadi usahawan ternama jika betul didikan, jika tekad dan kudratnya masih seperti sekarang.

hati aku tersentuh bila ada sekumpulan budak2 nakal, memanggil si ringan tulang untuk membeli jualannya, namun bila si ringan tulang ini sampai di depan  mereka, mereka cuba mempermainkannya. tapi yang mahalnya pengalaman, secilik itu dia sudah menerima situasi begini, akan menjadikan hatinya cekal. pengalaman itu mendewasakan kerana umur bukan faktor yang menunjukkan kita sudah cukup matang. bersabarlah sayang! setiap dugaan akan bawa kamu ke mercu dengan niat kamu mahu maju ke depan.


proud of you,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment