Thursday 3 October 2013

sesat sambil tgk gps

kita ada dihadapkan dengan dua pilihan iaitu sembahyang di belakang imam atau sembahyang di depan imam. kenapa saya katakan itu pilihan? sebab kita punyai pilihan untuk berubah ke arah yang lebih baik semasa hidup. saya percaya mereka yang berada "dibawah sana" meronta untuk kembali, mahu berubah. sedangkan kita yang masih ada pilihan kenapa tidak? :)

solat yang kita pandang sebelah mata, tapi kita selalu lupa itu tanda taat kepada Dia kerana pinjamkan semua termasuk udara yang kita hirup. pangkat yang tinggi, kerjaya yang hebat tapi tidak mahu tunduk tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi. sombongnya! ada yang menyatakan solat sebab nak tunjuk alim, salah itu. kena buka buku, belajar balik. jangan sesat bila sudah ada peta, tapi sekarang sudah ada gps dan google maps! apa susah lagi? (sinis)

"sengaja" kita melengahkan waktu solat. kenapa? malas? ada cerita best kat tv? ada kerja yang lagi penting? kita lupa panggilan dia adalah panggilan terpenting dalam hayat. cepat2 kan la. (ingatan utk diri) sebab kita tak pasti Dia bagi pinjamkan lagi tak udara 1minit ke hadapan. renungkan.

cuba jangan tinggal solat, jangan tinggal! solat itu mudah tapi jangan payah dan jangan juga mudahkan. solat itu tiang agama, tanpa solat robohlah tiang. hancur. tiada mahligai indah.


ingatan diri,
azmirarohani.


No comments:

Post a Comment