Monday 16 December 2013

menjentik semangat anak Malaysia

bertuah anak2 Malaysia
baru terlintas terus dapat 
tak kira dari segi  makanan atau apa sekalipun
cuma perlu minta dengan mak ayah sahaja

anak2 Malaysia terlalu manja
panas sikit sudah bising, biasalah celik2 mata berhawa dingin
cikgu marah belum lagi naik tangan 
terus mak ayah datang bagai mahu berperang
itu yang menjadikan anak2 degil, tak ada sikap menghormati orang lain
mungkin juga samseng masa depan
kalau hendak melentur buluh biar dari rebung
bukan bila dah jadi buluh tak guna dah!

di bumi Kemboja
lantainya masih papan
white board juga daif
dapur asrama masih menggunakan dapur kayu
terlalu berbeza dengan anak2 kita
tapi semangatnya mereka untuk menimba ilmu

anak2 kita kemudahannya tiptop
tapi malas, tak sedar dan terlalu taksub dengan 'benda2 yang tak menjaminkan masa depan"
bila mahu buka minda, wahai anak2 Malaysia?
ayuh jadi anak2 berguna untuk agama, bangsa dan negara. 
cuba fikir kita cukup bertuah. 


darihati,
azmirarohani

No comments:

Post a Comment