Thursday 19 December 2013

Kaki perlu melangkah

hidup sentiasa penuh dengan misteri walaupun kita sering dihadapkan dengan pelbagai  cerita
terlalu sukar untuk merungkaikannya
dalam tenang ada gusar
dalam bahagia ada airmata
namun kita tetap mampu hadapi kerana Dia takkan beri sesuatu yang tak mampu kita hadapi

kita akan kuat dengan doa
itu perisai kita kala ditolak @ tersungkur menyembah bumi

rezeki
tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa tahu
kadang2 rezeki datang tanpa diduga
rezeki juga sebuah ujian
adakah kita mampu seperti harapan yang disandarkan
jangan mengalah sebelum mencuba
kita takkan bermula tanpa percubaan
kita takkan dipuncak tanpa melangkah
rezeki ada pelbagai seperti pekerjaan, harta, suami/isteri dan anak2

sedarkah kita? kita selalu merancang untuk membina sebuah keluarga bahagia disamping isteri/suami tercinta dengan gelak tawa anak2 jadi mengapa tidak untuk kita merancang mahu ke syurga bersama2? 
syurga adalah matlamat asal kita, dunia hanya sebuah persinggahan, harta cuma daki, ilmu amal jadi bekalan disana kekal abadi. 

kita sering mengatakan mahu ke syurga tapi kita tak pernah berusaha untuk ke sana. jadi bagaimana? tercapaikah matlamat atau sekadar tinggal impian? 
umpama menunggu kapal terbang tanpa tiket
umpama update status lapar tanpa menyuapkan makanan ke mulut
berusahalah selagi masa masih ada
masa makin singkat
jadi berubah sedikit demi sedikit
agar kita mendapat tempat di syurgaNya
insyaAllah.

menujusebuahdestinasi,
azmirarohani.

No comments:

Post a Comment