Thursday, 20 March 2014

bidadari kecil

dah lama tak berceloteh bukan tak ade benda nak cerita tapi kering idea untuk menyusun kata, hurmm ntah mengapa aku tak pasti. 

aku mahu sisipkan sebuah cerita,
aku pernah bawa spaghetti ke ofis dalam beberapa bulan yang lepas.. tu pun sebabkan terlalu rajin. hihi
makanan tu aku kongsi dengan akak2 ofis. 

dua hari lepas akak tu cakap teringin nak makan spaghetti ira,
akak bagi duit,
tak selera nak makan benda lain.
namun aku menolak, bagiku duit bukan alasan 
untuk pengetahuan semua, akak ni sekarang sentiasa lakukan dialisis kerana menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis. 

aku cakap, insyaAllah akak kalau sempat saya bawakkan ya? 
nak dijadikan cerita.. malam tu aku pergi makan, ingatkan balik makan tu nak beli barang2 dapur untuk masak. tapi bila aku pergi, atm "kehabisan duit". huh! atm pun boleh habis duit ke? :(

aku terus balik dan tenangkan hati sendiri 'takpelah, lainkali aku bawakkan untuk akak'.
teman bilikku, pelik aku balik tanpa barang2 dapur, lalu aku ceita pasal atm. dengan baikhatinya dia, menawarkan duit dia dahulu, katanya tak sampai hati untuk hampakan orang. aku pun rasa begitu. 

jadi, aku pinjam duit dia dahulu, kami pergi ke kedai untuk barang2 dapur! yeay! 
happy endingkan? 
balik rumah kung kang, kung kang..
taraaa! siap the delicious spaghetti! cewahhh

esoknya aku bawa,
baru masuk pintu
akak tu dh tunggu,
ira,semalam akak bagitahu abg (suami akak) yang ira nak bawa spaghetti :)

ya Allah, syukur pada Nya kerana aku diberi bantuan oleh kawanku untuk menyempurnakan hajat.
rezeki akak tu :) alhamdulillah

aku ikhlas, tak harapkan balasan @ pujian tapi sekuntum senyuman tu melegakan aku.
aku bukan bidadari kecil tapi aku cuma menolong terdaya aku

akubukanbidadari,
azmirarohani

Thursday, 27 February 2014

siapa dan apa?

siapa kita hari ni bukan menentukan siapa kita esok 
tetapi apa yang kita buat akan menentukan dimana kita esok
kerana "nak mudak tidak mudah, nak susah tidak susah" 
fikirlah

pengalaman hidup yang dilalui setiap orang adalah berbeza,
mata yang memandang paling terkesan cuma sabar yang terlafaz dibibir tapi bahu yang memikul yang merasai bebanan sebenar.

aku juga punya sisi yang sukar suatu masa
aku cuma mampu menangis
tapi aku cuba bangkit yang aku akan lebih berjaya 
kerana
tak mati dek dikeji, tak hidup dek dipuji

terima kasih kerana beri aku "rasa" itu untuk memaafkan hati aku tak mampu untuk lakukan, lagipun tiada sebarang permohonan maaf diberi. :) anda jangan menghukum dengan mengatakan, maafkan je la, hal lama. bagi aku benda itu tinggalkan kesan mendalam dan aku akan mengingati seumur hidup. 

aku yang dulu bukan aku yang sekarang.


suduthatikecil,
azmirarohani

Wednesday, 5 February 2014

rapuhnya sebuah perasaan

dari hati kecil ku berkecamuk pelbagai rasa
buat aku sedar nilai sebuah perasaan 
walau sekukuh, seakrab jika bukan diikat dengan nilai sah (nikah)
ia tak kemana 
ia boleh hilang sekelip mata

betul sampai bila kita nak keseorangan,
hidup perlu teman
tapi 
aku cuma mahu berbicara rapuhnya sebuah perasaan
hati yang boleh berubah 
buat aku takut
buat aku gusar
perjalanan sebuah perasaan


bukamatahati,
azmirarohani.

Wednesday, 22 January 2014

sejujurnya

berkali2 membuka entry yang akhirnya keluar tanpa sebarang catatan
pertama kalinya, aku bingung terasa kosong utk berkongsi sebenarnya
tidak tahu dimana akan bermula. 

J O D O H
sebuah cerita yang buat orang tersenyum 
ada yang buat orang menitis airmata
kerana setiap orang punya cerita yang berbeza bukan semua menjanjikan "saya & awak" ke jinjang pelamin
setiap langkah yang diatur semuanya telah tersusun indah di Loh Mahfuz
kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan
semua rahsia Dia 
barakallah buat kalian yang akan bersama pasangan. 
moga berbahagia hingga ke Jannah :) 
tahniah kerana anda sudah menyempurnakan sebahagian dari agama. 
doakan aku jejaki langkah kalian. 

bukan rumah jutaan ringgit,
bukan deretan kereta mewah,
bukan limpahan wang ringgit
yang mampu beri ketenangan sebuah keluarga
tapi iman dan keharmonian adalah terasnya. 
selamat berbahagia 


disuduthati,
azmirarohani

Wednesday, 15 January 2014

jangan diucap selamat tinggal

saat bibir tak mampu berkata-kata
saat kaki tak mampu melangkah
hanya airmata mengiringi
berat? ya sangat berat perasaan itu
satu2 perasaan yang cuba aku tak suka
namun air mata merungkap segalanya.

16 september 2013
aku kenal Fiqa (adik/jiran sebelah bilik)
kedatangan yang biasa2 
tapi
pemergiannya menitiskan airmata aku
yang kononnya aku kuat selama ni
bawalah doa dan kasih bersama
maafkan salah silap
halalkan segalanya
teruskan perjuangan kamu 
moga Dia temukan kita nanti

fiqa
walaupun umurnya lebih muda dari aku
namun kematangannya memang terserlah
nasihat yang bernas
suka duka yang kita kongsi
terima kasih
terima kasih
terima kasih 
terima kasih leftenan muda :)

sendirian petang semalam
buat airmata aku meluncur laju
airmata tanpa segan menitik..
tak ada kata2 yang dapat gambarkan

aku akui satu2 benda yang aku tak suka dan cuba elakkan 
adalah hantar atau dihantar.
jika dihantar pergilah dari aku sebelum aku boarding
jika menghantar aku akan pergi tanpa pandang ke belakang
kerana aku bukan seorang yang berhati cekal untuk menahan airmata

sesungguhnya aku amat takutkan kehilangan walau cuma sementara
aku tak cukup kuat
masa kami bersama cuma 3bulan
terlalu singkat kan?
andai dapat putarkan masa
tapi apakan daya ku

setiap yang bertemu pasti akan berpisah
suka atau tidak itu lumrah yang harus kita terima.
ada jodoh kita jumpa lagi!

ketawa dan airmata,
azmirarohani


Tuesday, 7 January 2014

Doraemon in da house!

an..an..an
totemo daisuki
doraemon ;)

yes! i admit yg wa adalah peminat doraemon jugak
komik, tv ataupun cd 
nyata doraemon tak pernah mengecewakan! 

sempena 100 tahun, di Viva Home telah mengadakan Festival doraemon :)
harga tiket bagi dewasa rm25, rm15 bagi kanak2 dan bagi OKU masuk adalah percuma. 
yeah! lets go!

dari stesen Lrt Miharja, jalan keluar dan terus ambil kiri then cross the road. see the Viva Home kat tengah2. yang paling mencabar adalah mendaki tangga yang tinggi tuu. demi mu doraemon aku gagahi. haha

setelah mendaki tangga..akhirnya kami muncul terus dari bilik nobita. :D


festival ni hingga 23 mac so sspe yang minat dan teringin bergambar mcm kami. jom! 
dibuka sehingga jam 10malam tapi last entry adalah pada jam 9 malam. my suggestion kalau nak pergi baik pergi awal, lagi lama kita akan dapat ke alam doraemon :)


tengok! nobita pun nangis bila kami nak balik.. sobsob !-! 


Friday, 3 January 2014

selamat datang Januari

bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum w.b.t
hai selamat datang ke naskah hati 
selamat datang Januari
moga kita masih dan sentiasa dirahmati Allah 

berdebar jugak nak update first entry tahun 2014 ni
apa azam tahun baru kalian? 
apa2 pun azam korang aku doakan moga semuanya berjalan lancar
jangan ada yang "pancit" macam tahun2 sudah ya? ;) 

azam aku adalah nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya,
sama ada dari segi kehidupan peribadi, kerjaya dan yang pasti hubungan dengan Dia
because "life is too short to even care at all"

aku nak share gambar terbaru sempena tahun baru, umur pun baru la ya? oh man! dah 25 tahun.
moga angka 25 berikan warna yang lebih indah buat aku. :) 



snap-snap :)


itulah rupa model yang terkini hihi
sekian. 



salamsayang,
azmirarohani.