Thursday 20 March 2014

bidadari kecil

dah lama tak berceloteh bukan tak ade benda nak cerita tapi kering idea untuk menyusun kata, hurmm ntah mengapa aku tak pasti. 

aku mahu sisipkan sebuah cerita,
aku pernah bawa spaghetti ke ofis dalam beberapa bulan yang lepas.. tu pun sebabkan terlalu rajin. hihi
makanan tu aku kongsi dengan akak2 ofis. 

dua hari lepas akak tu cakap teringin nak makan spaghetti ira,
akak bagi duit,
tak selera nak makan benda lain.
namun aku menolak, bagiku duit bukan alasan 
untuk pengetahuan semua, akak ni sekarang sentiasa lakukan dialisis kerana menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis. 

aku cakap, insyaAllah akak kalau sempat saya bawakkan ya? 
nak dijadikan cerita.. malam tu aku pergi makan, ingatkan balik makan tu nak beli barang2 dapur untuk masak. tapi bila aku pergi, atm "kehabisan duit". huh! atm pun boleh habis duit ke? :(

aku terus balik dan tenangkan hati sendiri 'takpelah, lainkali aku bawakkan untuk akak'.
teman bilikku, pelik aku balik tanpa barang2 dapur, lalu aku ceita pasal atm. dengan baikhatinya dia, menawarkan duit dia dahulu, katanya tak sampai hati untuk hampakan orang. aku pun rasa begitu. 

jadi, aku pinjam duit dia dahulu, kami pergi ke kedai untuk barang2 dapur! yeay! 
happy endingkan? 
balik rumah kung kang, kung kang..
taraaa! siap the delicious spaghetti! cewahhh

esoknya aku bawa,
baru masuk pintu
akak tu dh tunggu,
ira,semalam akak bagitahu abg (suami akak) yang ira nak bawa spaghetti :)

ya Allah, syukur pada Nya kerana aku diberi bantuan oleh kawanku untuk menyempurnakan hajat.
rezeki akak tu :) alhamdulillah

aku ikhlas, tak harapkan balasan @ pujian tapi sekuntum senyuman tu melegakan aku.
aku bukan bidadari kecil tapi aku cuma menolong terdaya aku

akubukanbidadari,
azmirarohani