Thursday 24 October 2013

hikayat cinta romantis tragis

http://www.hmetro.com.my/articles/Binaistanauntukkekasih/Article

kan ku bina sebuah istana kita walaupun kecil tapi cukup untuk menakluki hati kita..
ya cukup.
pasti.

disitulah cinta kita akan subur. :)

Tuesday 22 October 2013

layanan first class

angin sepoi2 bahasa.. meniup nyaman ke wajahku.. bebola mata memerhati keadaan sekeliling sambil menyandarkan badan ke tiang. manusia sibuk dengan gaya dan cara mereka.  tatkala itu mata aku terpaku pada gelagat sepasang manusia yang pada kiraan aku bf dan gf. aku perhati sambil bibir mengukir senyum dan hati terdetik wah! alangkah beruntungnya si gadis bunga itu, nak masuk kereta pun dibukakan pintu oleh si pria idaman. pergh! alangkah!

tetiba.. zass! rupanya makcik disebelah aku turut memerhati gelagat mereka lalu berkata kepada aku, itu mesti pasangan yang sedang hangat bercinta, "makcik dah kahwin berpuluh tahun tak dapat layanan istimewa sebegitu" masa bercinta adalah.. hihi.

maka angan ku dilangit biru turun pada paras serendah hijau rerumput. kenapa seorang isteri tak dapat layanan istimewa? kenapa layanan itu hanya diberikan kepada yang belum sah? aku tunduk ke lantai. lepaskan segala angan indah. hurmm.


bermimpidilangitbiru,
azmirarohani.

Wednesday 9 October 2013

kisah penjual nasi lemak

petang2 dalam jam 6 lebih pasti aku dengar suara si ringan tulang "..nasi lemakkkk.. nasi lemakkkk..nasi lemakkk..." masa tu terdetik dalam hati aku untuk bertemu dengan ibunya. oh si ringan tulang itu masih dalam lingkungan 7-9tahun aku kira. kenapa aku mahu ketemu ibunya? kerana bagi aku bagus sekali didikannya. pada pendapat aku, anak2 dlm lingkungan umur begitu terutamanya di zaman sekarang mana mungkin mahu menolong keluarga. itulah suara aku dengar tiap kali berehat selepas penat bekerja. suara itu juga lah buat aku terfikir, anak sekecil itu punya daya untuk membantu keluarga, aku bagaimana? aku punya lebih kudrat kenapa aku tidak mahu gunakan untuk membantu mereka yang aku sayang. suara itu juga menjadi inspirasi untuk aku terus berusaha. ya! terima kasih si cilik. aku percaya si cilik ini mampu menjadi usahawan ternama jika betul didikan, jika tekad dan kudratnya masih seperti sekarang.

hati aku tersentuh bila ada sekumpulan budak2 nakal, memanggil si ringan tulang untuk membeli jualannya, namun bila si ringan tulang ini sampai di depan  mereka, mereka cuba mempermainkannya. tapi yang mahalnya pengalaman, secilik itu dia sudah menerima situasi begini, akan menjadikan hatinya cekal. pengalaman itu mendewasakan kerana umur bukan faktor yang menunjukkan kita sudah cukup matang. bersabarlah sayang! setiap dugaan akan bawa kamu ke mercu dengan niat kamu mahu maju ke depan.


proud of you,
azmirarohani.

Thursday 3 October 2013

sesat sambil tgk gps

kita ada dihadapkan dengan dua pilihan iaitu sembahyang di belakang imam atau sembahyang di depan imam. kenapa saya katakan itu pilihan? sebab kita punyai pilihan untuk berubah ke arah yang lebih baik semasa hidup. saya percaya mereka yang berada "dibawah sana" meronta untuk kembali, mahu berubah. sedangkan kita yang masih ada pilihan kenapa tidak? :)

solat yang kita pandang sebelah mata, tapi kita selalu lupa itu tanda taat kepada Dia kerana pinjamkan semua termasuk udara yang kita hirup. pangkat yang tinggi, kerjaya yang hebat tapi tidak mahu tunduk tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi. sombongnya! ada yang menyatakan solat sebab nak tunjuk alim, salah itu. kena buka buku, belajar balik. jangan sesat bila sudah ada peta, tapi sekarang sudah ada gps dan google maps! apa susah lagi? (sinis)

"sengaja" kita melengahkan waktu solat. kenapa? malas? ada cerita best kat tv? ada kerja yang lagi penting? kita lupa panggilan dia adalah panggilan terpenting dalam hayat. cepat2 kan la. (ingatan utk diri) sebab kita tak pasti Dia bagi pinjamkan lagi tak udara 1minit ke hadapan. renungkan.

cuba jangan tinggal solat, jangan tinggal! solat itu mudah tapi jangan payah dan jangan juga mudahkan. solat itu tiang agama, tanpa solat robohlah tiang. hancur. tiada mahligai indah.


ingatan diri,
azmirarohani.


octopus la october

hampir ke penghujung disember 2013
sekejap je masa berlalu
alhamdulillah
tahun ni berlangsung dgn baik
dlm beberapa bulan ni banyak berubah
yang pasti ada yang masih tak berubah. kan? 
ada la..

so far, im happy 
dan fikir positif tak semua yang kita nak kita akan dapat.
ok ni first quote for octopus la october.

rasa nak yang ni pulak,..
eh tetiba kan? layan kan je.. :P
mana la tahu bulan jatuh ke riba 
ah metafora yg keterlaluan. 

jangan stress, terima apa ada, fikir positif dan bahagiakan org sekeliling.

ok la, jumpa lagi.


enjoy our life,
azmirarohani.