Thursday 29 August 2013

Dunia Perfileman

terpanggil utk beri pandangan tentang dunia perfileman Malaysia. sekarang sebelum wayang dipertontonkan dimulakan dgn nyanyian Negaraku. tapi yang peliknya ramai yang merungut, leceh atau mungkin malu untuk menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan. Kita kat Malaysia atau mana? lain la kita bukan orang Malaysia. budak2 pun tahu menghormati lagu Negaraku, mungkin sekarang anda bergaji puluhan ribu jadi anda malu nak nyanyi lagu negara. dah cukup dewasa dan tahu rasa jangkal nak nyanyi, ok tak nak nyanyi tak pe at least respect la sikit. tolong ya? :)

                                       **************************************


satu lagi sikap segelintir org Malaysia yang suka memperlekehkan hasil karya orang lain. kutuk2 tapi bila free terus download, come on people! memang duit kutipan bukan untuk anda tapi ingat hasil titik peluh orang yang menghasilkan, betapa kerja keras, kita senang sekali "menikmati" percuma. bayangkan anda kerja tanpa gaji. marah atau gembira? sepertimana kita tahu filem KL GANGSTER 2 menelan bajet yang tinggi tetiba hasil karya dicuri. perit rasanya. 



kepada Syamsul Yusof anggap ni sebagai dugaan kerana "Allah takkan menguji jika kita tak mampu untuk hadapinya" kita sangka hujan tapi kita lupa mungkin pelangi yang menanti. 

segelintir orang Malaysia lebih suka mengagung karya luar, karya tempatan dianaktirikan. tahu saja filem tempatan terus judge, ala klise je ni tak berbaloi bayar. kita selalu lupa untuk mengkritik itu senang, nak buat sesuatu bukan kerja senang. senario yang biasa kita lihat, jika filem luar kita sanggup beratur, teruja. kenapa? periksa. :) lebih awesome? lebih thrill? tapi anda tak terfikir bagaimana pengkarya tempatan nak hasilkan lebih baik jika kita sendiri tak beri sokongan. sendiri mau ingat la brader. rileks brader, brader rileks ;) 

tapi tak boleh nk slhkan pendownload jgk sebab cm ne nk download kalau tak ade yang upload kan? pi mai pi mai tang tu jugak. berani buat berani tanggung.

makan cili baru tahu pedas,
AzmiraRohani.






Tuesday 27 August 2013

Suprima s vs Ford Fiesta

akhirnya saya jatuh cinta dgn Suprima s selepas Ford Fiesta hee. comey kan? nak boleh x? plisss.. :p

ade persamaan kan? tengok orang Malaysia pon boleh buat! Malaysia Boleh! :) 

comey ngattt 

Saturday 24 August 2013

its all about L.O.V.E

Every woman wants a man who respect her for her value, virtues and ethics. she want a man who is proud of her strong character and her unique personality. A man who can support her unconditionally and stay connected to her soulfully. A woman who loves you trully will never ask you to buy her expensive gift or take her to expensives places. she won't ask for diamonds, rubies or a promise to bring her a world of luxuries. She just wants your love, care and attention. She wants you to spend a lot of quality time with her and appreciate her for all that she does for you out of love and affection. Every woman is unique in her own way and she wants to be the most appealing waoman in her man's life. a woman's heart is so full of love for the man of her life that she just gives it freely even for the little he
does for her. She doesn't  want commitments and promises she just wanted to be loved to the core. 


lots of love,
azmirarohani.



Friday 23 August 2013

tolong.. tolong..

sedar tak bila kita perlukan pertolongan itu susah nak dapat kan? susah2 sangat.. mungkin kita tak cukup lagi dalam menolong orang mungkin. tapi bila kita tolong orang niatkan kerana Allah jadi apa yang kita buat tak sia-sia dan tak mengharapkan balasan dari orang yang ditolong. tapi perasan tak bila kita nak minta tolong ramai akan menjauh, saat itu kita tahu mana intan atau permata.

kalau kita terlalu mengharapkan pertolongan dari orang tak boleh juga sebab orang mungkin akan mengecewakan kita tapi hidup kita perlukan orang lain bukan manja atau terlebih manja tapi perlukan sedikit ehsan.

saya ade 1 perkongsian, bukan niat menjatuhkan tapi sekadar berkongsi apa yang saya rasa. saya ada nak pinjam sesuatu bukan duit, dari seorang teman, dia cakap ok nanti dia hantar. saya tunggu dari jam 12tghari sampai sekarang tak ade berita. kamu mungkin fikir dia tak ade topup kan? sebenarnya masa saya call minta tolong tu, dia cakap share kredit sebab dia tak ade kredit nak contact orang tu, so i da share. tak apelah saya halalkan. pesan saya, kalau tak bagi, bagitahu sebab itu hak kamu dan bagi atau tak, jangan beri harapan dan buat orang tertunggu. saya dah guna yang saya punya, anyway, tenkiu :)

janji itu mudah,
azmirarohani.




Pesta Buku


jom beli buku! yeah! can't wait :) 
da lama tak beli buku, last beli bulan lepas. huh! kesal 

everybody take a book and read, to gain knowledge everyone have to read lets reach out open up your mind, a lifestyle of wawasan.. ingat tak lagu ni? lagu ni i nyanyi masa umr 8thn still ingat smpai sekarang. 16tahun lalu.. wow! da lama sgt ni. 

jom cari buku.. ingat nak beli buku motivasi & novel. insyaAllah 27 ogos nak pergi. 

p/s : kita mampu beli jam tapi kita belum tentu tahu hargai masa. seperti buku, kita mampu beli belum tentu kita baca dan pratik. manusia mudah lupa

tambah ilmu,
azmira rohani. 

Monday 19 August 2013

bumi Mesir bila Morsi vs Elsisi

bumi itu masih masih masih dan terus berdarah dengan teriakan, dentuman dan tangisan. tak terkecuali kanak2 dan wanita menjadi mangsa. masjid turut diceroboh, dibom kenapa mereka mahu berlindung? apa daya kita untuk membantu mereka? setakat berdoa di fb, RT di twitter, update di blog serta tukar gambar fb? tapi tak ape, itu bagus sebab kita masih mengingati mereka, tapi alangkah lebih baik jika kita sama2 menadah tangan berdoa di setiap waktu untuk kesejahteraan saudara kita di bumi mesir.



saya akui, bila kita tidak mengekat sesuatu perkara pasti akan timbul perkara lain. "tak semua orang berpuas hati/hargai apa yang ada melainkan benda itu sudah tiada atau sukar untuk didapatkan nanti". doa lah untuk mereka, pinjamkan masa dan tenaga untuk mendoakan.

disana mereka mati dibunuh/ditembak ketika solat subuh, disini kita tidur mati untuk tidak bangun-bangun solat subuh. ini beza kita dan mereka. kenapa kita begini? sebab kita riak, kita takbur yang Malaysia masih aman. walaupun Malaysia masih aman, kita perlu berdoa untuk negara takkan nak tunggu jadi seperti Mesir baru kita mahu menadah tangan. saya rasa kita takkan mampu kerana kita takkan boleh buang tabiat kita sekelip mata. ubahlah dari sekarang.

jaga talian dgn Dia,
azmirarohani.

Kisah Inai di jari

copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

assalamualaikum dan salam ramadhan.

dua semester lepas, seorang pelajar saya ( perempuan ) pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala galanya. betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." saya membalas sms dia, " takpe, insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

semalam,
dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. saya bertanya, "kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. sia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu".

Astaghfirullah. hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. saya cuma ingin menasihati pelajar pelajar saya, dan rakan rakan FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. janganlah hanya kerana kawan kawan kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan Rasul-NYA.

kepada pelajar pelajar yang telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini. tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan keseronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting posting romantik kamu di FB. saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah. tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yang amat berat.

dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. jadi, cukup cukuplah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog dialog romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu sahaja. TOLONGLAH. saya merayu daripada kamu. dan kepada pelajar pelajar yang masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yang lebih arif tentang hidup. mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. ingatlah anak anakku, adik adikku. pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. saya tidak sanggup melihat kamu menangis. tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik baik :')

p/s : inilah realiti sebenar! mmg ramai yang kahwin diusia muda tapi ramai juga yang bercerai berai diusia yang muda. nauzubillah! moga Allah menjaga perkahwinan yang telah didirikan demi mencari redhaNya mudah mudahan. bagi yang bakal menjadi pasangan suami isteri, ana doakan ukhti wa akhi berkekalan hingga ke syurga. pilihlah pasangan seperti yang disarankan oleh Islam. pilihlah pasangan itu kerana agamanya. insyaAllah sempurna hidup seterusnya berkekalan hingga ke syurga. aaminn ya rabbal a'lamin

p/s II : anda boleh SHARE untuk perkongsian. jazakallah wa tabarakallah. fi hifzillah ^^v

''wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung”
(Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Saturday 17 August 2013

Pukul Isteri?

terkedu & hati marah bila tengok video dalam lif tentang seorang suami memukul dan menendang isteri. wahai suami, sebelum melakukan perkara tersebut ingatlah dia isteri kamu, ibu kepada anak2 kamu, jika saat ni kamu sudah membenci dan menyampah dengan dia, ingatlah dia adalah wanita yang pernah bertakhta dihati kamu. wanita bukan lawan kamu, tahukah kamu wanita adalah golongan yang lemah yang sepatutnya dilindungi, disayangi. jika adapun kekhilafan yang dilakukan bukan begitu caranya. ingat tak bagaimana saidina Ali menghukum Fatimah? hanya mengikat 100 batang lidi dan memukul sekali. (jika salah maafkan saya).

anak2 pasti trauma dengan kejadian itu, anak2 muda juga terkesan dengan perbuatan kamu mungkin jadi penyebab baru untuk mereka tidak melangkah ke alam perkahwinan, siapa tahu kan?

setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, keganasan bukan caranya. ini pendapat 20sen saya.

"semuanya bermula dengan agama, kerana rupa, harta bukan jaminan sebuah kebahagiaan" cari Dia pasti dia kenal kamu.

sayang menyayang,
azmirarohani.

Thursday 15 August 2013

memahami wanita

tajuk yang agak berat. kenapa? sebab wanita memang susah nak difahami. setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. tapi saya mahu bercakap mengenai persepsi saya.

bila wanita mengatakan tak ade apa2, ok je
sebenarnya dia tak ok
cakap saja pada dia, saya tahu awak tak ok, saya sudi dengar :) 
when women says nothing its means everything. complicated right? 

wanita tak suka mendengar tentang kisah2 lepas bakal/pasangannya, 
bukan bermakna dia tak korek cerita tu, tapi apabila hal itu keluar dari mulut anda pasti dia beranggapan anda takkan pernah melupakan bekas pasangan anda itu. bahaya perempuan! jauh disudut hati di pasti cemburu. 

perempuan bila cemburu dia akan diam, itu cara dia lepaskan apa yang terbuku di hati, jadi bila dia tak balas mesej atau jawab call bagi la dia masa untuk reda. lepas itu baru tanya hal sebenar. 

wanita juga suka tanya benda sama banyak kali, dia takkan penat untuk bertanya tapi sila pastikan setiap kali anda menjawab soalan tersebut jawapannya masih sama. :P 

wanita suka orang terus terang dari orang yang tunggu dia dalam diam sebab dia takkan pernah cakap kat anda yang dia suka anda walaupun dia memang suka. 'jangan tunggu lama2 nanti lama2 dia diambil orang' hee. 

selami,
azmirarohani. 

Monday 12 August 2013

status2

geng hangout da milik & bakal milik orang, tahun depan wa jalan sorang2. sobsob. raya tahun ni byk mkn kenduri kt majlis tunang dan kahwin. selamat ya kalian? :) i pray & wish all of you a story with a happy ending & the wisdom to look for it. insyaAllah. Pray for me too. walaupun masih tak nampak bayang2 lagi mne tahu wa kahwin lagi awal.. haha :P ni memang status palsu, mao terkejut member kalau wa yg kahwin dulu. ok jom layan pic :) 


Pertunangan Cik Farah & Encik Ide 

Perkahwinan Encik Arie & Puan Siti

Perkahwinan PuanNurul & Encik Hairil

Pertunangan Gie & Shamsul 

Pertunangan Aisyah & Khairul 

sweet sgt dgr ceritera cinta mereka, moga kalian bahagia sampai syurga. InsyaAllah. maaf ade yang saya tak sempat nak pergi. maaf :( anyway, congratulation uols! love you babe! :)

selamat berbahagia,
azmirarohani.

Tuesday 6 August 2013

kerja atau raya? kerjaraya

woo raya raya jugak tapi kena settle keje dulu. hehe. walaupun tinggal 2 hari lagi before berhari raya tapi aku masih tak mampu nak hadap biskut arghhh! tapi keje pun ok jgk. yang pelik kenapa org selalu merungut pasal keje? tapi tak pernah merungut bila terima gaji. melainkan gaji itu lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. betul x? kita kena ikhlas dalam melakukan keje sebab itu punca rezeki kita, makan gaji buta tak berkat maa. so aku masih bersemangat untuk buat keje walaupun cuma tinggal 2 hari lagi :D

topik perbicangan semalam tentang hati. dia tanya kalau ada seorang lelaki mahu melamar adakah aku terima? aku kata aku tak kisah kerna aku kira itu jodoh buat ku. tapi tak de lah aku terima tanya periksa. satu saja syarat beritahu tentang hasrat dia kemudian jumpa daddy mommy pastu imamkan kami. test jadi imam hehe.

kenapa imam? dia cakap tak semua lelaki terutamanya yang muda jadi imam. jawapan aku senang, jika seorang lelaki mahukan bakal surinya pandai memasak kenapa perempuan tidak boleh meminta seorang lelaki yang memimpinnya ke Jannah mengimamkan sekeluarga. dush! nah simple kan? :P


cuba,
azmirarohani.

Monday 5 August 2013

di penghujung

ramadhan bakal melabuhkan tirainya, kejap je kan? moga kita bertemu ramadhan akan datang. insyaAllah :) 

lately, quite busy plus sgt2 malas nk update maka akan terkubur cita2 (blogger tegar) haha 
malam after iftar dah rushing nk g dating dgn Dia, balik layan tv dan kena tidur awal, tapi syukur masih sempat berbalas khabar dgn kwn2. 

dalam ramadhan kali ni, 2 org shbt telah kembali menghadap Illahi. salah satu telah ditulis dlm entry http://azmirarohani.blogspot.com/2013/07/perginya-seorang-sahabat.html dan beberapa hari selepas tu, aku dikejutkan dgn berita kemalangan http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5sahabatmautnahasdiKulaijaya/Article/ 
bagai tak percaya! dia adalah sahabat aku. sebelum kejadian jam 2 pagi, aku baca pesanan dari arwah "sekali dia berkawan, dia akan berkawan sampai bila2" baru aku sedar itu pesanan dia buat kali terakhir. moga kalian tenang disana. jenazah dikebumikan selepas subuh. sebak aku berjumpa dgn keluarga arwah. kakak arwah menitipkan pesanan, jika ada berjumpa dgn mana2 kawan arwah beritahu yang arwah sudah tak ada. maafkan dia. 

lepaskan dan biar mereka tenang disana. titipkan doa buat mereka. 

di penghujung ramadhan ni, mesti kita dah buat persiapan utk raya. raya oh raya! perlu diraikan. sunat berbaju baru walaupun tidak mahal untuk meraikan hari kemenangan kita. menang melawan nafsu, menang dalam meningkatkan ibadah, menang berjuang ke arah kebaikan. ya! kita menang! teruskan dibulan-bulan lain. 

baju raya dah beli, wah! tahun ni daddy dan adik2 berbaju melayu aaron aziz hehe. semalam dah ambil baju kt dobi. adik tiap2 hari bilang hari bila nak raya.. biase la budak2 excited nak raya :P tahun ni tema pink. wht?! yes pink, aku yang bagi idea tapi disebabkan tiada bantahan maka pink diangkat sebagai tema raya 2013 hehe. tapi aku bukan obses or fanatik kaler pink pon. 

banyak lagi tak kemas, tiap2 hari berazam nk kemas tapi kuciwa! haha. nanti raya jemputan majlis kawin pun banyak so semalam dah pulun beli hadiah awal2, senang nanti terus pergi je. hopefully, nanti kat majlis kawan, aku tak jumpa encik opie haha :P dia ni tak penat2 suruh ak makan sayur. choi la! sayur oh sayur! katanya nanti nak makan satu meja sebab nak paksa aku makan sayur. so ak da bg excuses yg ak xconfirm nk pergi ke x. hehe. bijak tak? walau ak tak suka sgt dgn sayur tapi ak pencinta kailan! perghh air tgn daddy uols lalu dpn i pun i xlyn. ;) 

cukup sampai disini dulu. zzzz

chitchat,
azmirarohani.


Thursday 1 August 2013

andai aku pergi dulu

buat keluargaku, 
maafkan atas segala kekhilafan yang aku lakukan, 
semua yang berlaku adalah salah aku,
redhailah pemergianku,
jangan lupa sedekahkan al-fatihah di setiap doa kalian, 
jangan pernah tangisi pemergianku, 
senyumlah lepaskan aku dengan rela,
kerna disitu penamatnya perjalananku didunia,
buat kalian yang masih punya masa bertaubatlah, beramal buat bekalan. 

buat temanku, 
aku juga memohon kemaafan atas segala-galanya, 
jangan gunakan gambar ku utk menghiasi mana-mana wall,
moga aku beroleh ketenangan disana, 
jangan post yang kalian merindui aku kerna keluarga ku pasti lebih merasai,
dan semestinya aku tidak bisa membaca, 
jika kalian menyayangi dan mengasihi aku titipkan al-fatihah buatku,
bukan sekadar cakap al-fatihah tapi bacakan ye? :) 
seikhlasnya beritahu kwn2 yang aku sudah kembali, maafkan aku.

cuma satu pesanan ku buat kalian, jangan tinggal dan lengahkan solat.


entry ni ditulis kerana kita tak pernah tahu bila kita akan pergi menghadap Illahi. kerana kita pasti jadi bakal jenazah. 


doakan aku, 
azmirarohani.

cinta yang membahagiakan

ya! cinta sebuah anugerah kurniaan Illahi buat manusia. tapi cinta yang haram itu umpama air laut yang masin, semakin diminum semakin haus! kenapa memilih yang haram jika boleh mencari yang halal? sebab terlalu risau yang kita tak laku? itu salah kerana org yang baik lagi berharga dia bukan membilang seberapa ramai yang dia pernah cinta tetapi cinta dia terlalu mahal utk yang halal. :)

cinta tak semestinya antara lelaki dan perempuan. cinta pada sahabat juga cinta pada keluarga. alhamdulillah aku ada sebuah kenangan yang terlalu indah yang dihadiahkan sepanjang perjalanan aku di dunia ni, aku dapat pergi ke masjid bersama-sama daddy meredah hujan :) terima kasih ya Allah atas nikmat dan hidayah yang Kau limpahkan.

cinta lelaki dan perempuan satu fitrah. banyak persinggahan dalam pencarian. bagi aku cinta ini tidak boleh terlalu mengharap, terlalu meletakkan harapan kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. kan bagus kalau dia kenal kita tanpa sengaja dan terus berjumpa wali kita untuk menikahi kita daripada bertahun ke hulur ke hilir tanpa ikatan yang sah. baik dia kenal Dia nanti dia akan kenal kita. insyaAllah.

sekian,
azmirarohani.