Friday 31 May 2013

kerjaya, cinta atau cita?

hmm cam ne ni? nak ke xnak? nakkkk.. tp boleh ke? pening fikir pasal ni maka berguguran lah rambut-rambutku amboii belum apa2 dah nak botak haha..

patut ke x? semangat nak study tu berkobar-kobar. pergh! terbaik ayat tapi risau action tak setanding kata-kata. itu tempah maut namanya.. huh! susah jgk rupanya nk buat keputusan yang melibatkan masa depan.



kerjaya pun penting, teringin juga berkereta sendiri macam kawan2 yang dah bekerjaya. tapi sekarang hati nak study lagi. apa pro dan kontranya?

ada orang cakap belajar setinggi mana pun kalau dah perempuan itu ke dapur jugak. tapi bagi aku tak salah kejar ilmu walaupun masuk dapur jugak. tak tahu kenapa hatiku masih kat Penang.

kena istikarah dulu, moga segalanya dipermudahkan.

dipersimpangan,
azmirarohani.

Buta kerana cinta

pastinya semua yang buta kerana cinta adalah buta dalam keindahan. cinta boleh buat kita ke awangan. tapi untuk sayang seseorang kita patut siasat siapa dia sebenarnya, bukan hanya menerima disebabkan tekanan bahawa orang lain dah ada 'seseorang' jadi kita pun patut ada seseorang.

kita juga perlu dengar pandangan dan pendapat orang lain mengenai orang yang kita sayang dari kaca mata mereka. jangan pekakkan telinga dan butakan hati untuk menerima sesuatu bulat-bulat. berlaku adillah kepada orang sekeliling. jangan rasa yang kita dah lama kenal dia, maka orang lain tak patut beri pendapat mengenai dia.

paling menyampah bila bagi nasihat, kita menganggap orang itu hanya cemburukan kebahagiaan kita. ok sayang-sayang sekalian, jangan bila menangis nanti cari kawan, tak ade untungnye kawan-kawan nasihatkan kita jika mereka tak sayangkan kita. tak payah lah fikir negatif sangat tentang kawan kita. "seberapa banyak masa yang dihabiskan untuk mengenali seseorang bukanlah pengukur sesebuah kebahagiaan"

cuba celik mata,
azmirarohani.

Monday 27 May 2013

yahooo kahwin!!!

pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu.. dulu hanya tengok mak ayah pergi kenduri kahwin anak kawan diorang. kali ni saya pula pergi memeriahkan majlis kawan. wah! masa sangat cepat kan?



bagi yang bergelar raja sehari tahniah dan selamat berbahagia sampai syurga, sirami rumah tangga mu dengan kasih sayang :) tahniah kerana anda sudah menyempurnakan sebahagian dari tuntutan agama.

asakan demi asakan soalan bertali arus kali ni bagai tsunami menbadai.. hehe.

soalan yang femes kali ni,

                               mana dia? 
                               datang sorang ke?
                               bila nak langsung?

ok lah nak jawab kat sini boleh? :)

dia? insyaAllah ada, sebab Allah dah tulis dalam Loh Mahfuz 
ye, masih sorang 'single', Allah masih 'simpan' dia
InsyaAllah nanti bila Allah temukan dia

jangan risau benda baik saya akan hebahkan nanti, kecil atau besar bukan persoalan tapi akan dikhabarkan. doakan ya? saya juga mahu bersama dengan dia nanti. ;)

ku tunggu sayangku,
azmirarohani.

Sunday 19 May 2013

bila orang lain dihati

sedih? ya! pedih? ya! sakit? sudah tentu!

itulah perasaan orang yang sayang kita dan sentiasa ada waktu susah dan senang iaitu keluarga kita tetapi begitu mudah kita melupakan mereka saat kita jumpa orang lain.

ingat sehebat mana pun kita, segah mana pon kawan kita atau sekaya manapun kita keluarga tetap teratas dalam hati kita kerana mereka ada bersama kita saat kita tidak mempunyai apa-apa dan dikenali sekalipun. sayang tetap ada walau berbeza caranya. percayalah sayang itu ada, sayang itu anugerah Allah.

kalau orang lain sudah teratas dalam hati kita, percayalah kita telah meremukkan hati orang yang sayang kita. boleh nak sayangkan orang lain tapi jangan buang orang yang sayang kita selama ni, cuba sayang semuanya.



kasih keluarga takkan sama dengan orang yang baru kita kenal beberapa tahun. tak sama.

sayang semua,
azmirarohani.

Thursday 16 May 2013

terima kasih cikgu

kalau sehari pun saya di tempat cikgu saya pasti akan lari meninggalkan sekolah, betapa susah cikgu mengajar saya yang tidak tahu membaca dan menulis.

betapa sabar cikgu melayan kenakalan kerenah saya, betapa gigih cikgu mengajar tanpa jemu. tanpa redha cikgu saya tak kemana saya juga bukan sesiapa.

terima kasih cikgu memberi ilmu dan meredhainya. jasa cikgu akan saya ingat, saya titip dalam doa moga ilmu yang cikgu beri dapat saya gunakan untuk kebaikan.

kerana cikgu saya adalah saya pada hari ini. terima kasih cikgu! :)

Sunday 12 May 2013

perang kuali

apa?!! biar betul, betul ada perang kuali! saya tak tipu :P

pada saya la, dua orang perempuan takkan boleh berkongsi satu dapur. jadi para suami untuk elakkan masalah ni cara terbaik buatkan dua dapur haha. bagus tak idea ni?



sebenarnya kaum wanita bila di dapur mereka ada cara mereka tersendiri berdasarkan cara memasak yang diajar oleh ibu mereka :) jadi bukan salah kami 100% atau suka-suka menuduh kami suka cari pasal.

perempuan ni cerewet dan suka ikut kepala sendiri sebab itu susah sikit bila nak bertolenrasi di dapur bagi sesetengah orang sebab tak adil nak cakap semua perempuan kan? :) bagi saya yang tak pro dan yakin bahawa kuali dan dapur bukan lawan saya, dengan ini takkan berebut pasal siapa chef di dapur hehe nampak tak permainan dia? ;P

bukan tak cuba, tak selalunya hasil yang tak memuaskan macam-macam komen yang diorang bagi tapi nampaknya pinggan itu tetap licin, hmm curious jugak dengan pendapat dorang ni.

selain itu, tangan harusla terkena pisau nampak tak alergik di situ? haha abislah.

akan tetap berperang,
azmirarohani.


Friday 10 May 2013

chenta hati saya

seronok bila dapat luangkan masa bersama chenta hati. erk chenta hati? ye mereka adalah keluarga saya. sesibuk mana pon kita perlu sentiasa cari masa untuk bersama mereka. ia pasti akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kita.

gelak tawa akan jadi pengubat rindu suatu saat nanti.

hari ni, g theme park bawa adik. kami main ghost train yang lucunya dia sampai nak lompat turun sebab hantu tu usik dia. haha sakit perut gelakkan dia. :D

then teman dia naik benda lain pulak turun tu dia terhuyung hayang pening beb!

best tgk org kita sayang happy :)


family first,
azmirarohani.

Sunday 5 May 2013

kita pilih

cuaca yang panas terik tak menghalang orang ramai untuk keluar mengundi yang juga tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia baru saya tahu 'kemeriahannya'. muka-muka yang dah lama tak jumpa bila berjumpa bagaikan keluarga. mesti anda juga merasakannya bukan? ;)

buatlah pilihan yang terbaik bukan untuk kita tapi untuk generasi masa depan. ini tanah kita kalau tanah ini tergadai mahukah kita mengemis di tanah yang diwawarkan ini milik kita? sadis.. 

undi bukan bahan eksperimen atau umpama menang sorak kampung tergadai kawan, ya saya bukan orang yang tepat untuk membicarakan soal politik kerana masih hijau berbanding kalian. tapi saya juga punya hak ke atas 1 undi dan undi ini akan menentukan anak-anak saya dimana 5 tahun lagi. 

anda bijak, nilailah yang terbaik. 

saya ada satu perkongsian, yang saya lihat di manifesto.. 

"adakah anda solat?" jika anda solat  mengapa undi BN? 

pada pandangan saya yang naif, undi bukan penentu kita ke syurga atau ke neraka melainkan amalan kita. kita mengatakan kita menyokong perjuangan Islam tapi kita tak solat, puasa dan sebagainya, adakah kita dapat tiket ke syurga dengan hanya mengundi? fikiran anda bagaimana? 

ada juga dijalanan memangil parti lawan dengan panggilan syaitan, saya terkedu siapa kita untuk memanggil orang sebegitu, nabi tak pernah memanggil orang begitu walau bermacam ancaman yang dilemparkan ke atas baginda. 

betulkan saya jika saya salah. 

darikacamata, 
azmirarohani.


Friday 3 May 2013

Kalau Dah Jodoh

ikan dilaut asam di darat dalam periuk bertemu jua..

jodoh terlalu subjektif untuk dikupas, bagaimana, siapa semua itu telah tertulis di Loh Mahfuz semasa kita dalam kandungan lagi. subhanallah! hebat dan betapa besar kekuasaanNya.

walau sekarang mungkin kita dah 'park' seseorang dalam hati kita tapi kita masih tak tahu benarkah dia jodoh kita atau sebaliknya. jadi walau sebanyak mana pun sayang kat org sekarang jaga utk org yang sah untuk kita syg nanti.



kadang-kadang nak tergelak tengok kawan-kawan yang bertemu jodoh dengan orang yang selalu dorang gaduh, hehe sweet kan? kadang-kadang orang selalu kita jumpa dan kita tak pernah impi tetiba dialah orgnya.

ada juga kes yang baru je terjumpa terus ajak kahwin bahagia sampai hari ni, Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. sabar. kadang-kadang dah lama tak jumpa ni, bila jumpa terjatuh pulak cam ne? ;)

bila kita cakap kalau ada jodoh ada lah.. org mesti anggap kita tak cuba untuk setia dan pertahankan hubungan itu. jawapan saya, selagi dia tak genggam tangan wali saya, harapan saya untuk bersama awak masih jauh dari gapaian. bukan bermakna saya mencuba untuk tidak setia..

jodoh itu rahsia Allah, walau kita dan dan dia terpisah oleh benua atau serata ceruk sekalipun Allah akan pertemukan kita. yakin dengan Dia. enggang dan pipit pun tak bawa makna apa-apa jika memang nama kita dan dia telah bersatu di Loh Mahfuz.

doa setiap hari moga jodoh kita boleh membawa kita ke Jannah, jadi seorang yang mentaati Allah, boleh beri kasih sayang dan bertanggungjawab. insyaAllah kita selamat. doa menjadi talian hayat cinta untuk dia. dia pasti jaga diri dan hati untuk kita.



wang berjuta tak mungkin dapat selamatkan dan beli tiket ke Syurga. ;)

pada yang sudah dan bakal berumah tangga, saya doakan moga kita sama-sama membawa orang kesayangan kita ke Jannah. hebat dan besar dugaan hidup kini tapi dengan adanya agama insyaAllah segalanya baik-baik saja.

insan biasa,
azmira rohani.






Wednesday 1 May 2013

situ sana sini

ade kawan tanya kenapa tak upload gmbr masa saya g bercuti untuk dikongsikan dengan semua. kadang-kadang rasa teringin nak berkongsi tapi bila fikir balik untuk apa? kalau perkongsian saya tu akan buat orang lain terasa atau kecik hati, saya rasa tak perlu,  saya tahu perasaan tu.

kalau nak berkongsi boleh tapi jangan sampai menimbulkan rasa riak atau bangga diri padahal lawatan dan percutian kerana itupun berlaku dengan izin Allah.

InsyaAllah saya akan kongsikan dengan tujuan beri panduan kepada yang akan pergi nanti. :) jauh perjalanan luas pandangan. syukur dengan nikmat yang diberi.


takcheckin,
azmirarohani,