Thursday 21 February 2013

siapa Dia?

semalam aku rasa tidur yang paling lena.. ntah kenapa. lain rasanya.
aku mimpi aku dikelilingi ahli keluargaku menaiki train di Kota London.
masa itu aku pakai baju pengantin berwarna putih.

tetiba..

muncul seorang jejaka hulurkan tangannya kepada aku. aku mahu pandang dia.tapi wajahnya tak jelas.
kemudian kami sampai di sebuah dewan yang kelihatannya Agong bersemayam di suatu sudut untuk menyaksikan pernikahan kami.

Ya Allah tanda apakah ni? mungkin mainan tidur tapi yang pasti aku bersyukur kerana itu tidur yang ku rasa paling lena. da lama aku tak rasa tidur yang sebegitu.

Wednesday 20 February 2013

terima kasih

k a w a n . s a h a b a t . r a k a n . f r i e n d.




apa pun panggilannya, kita amat perlukan insan ni dalam mewarnai hari-hari kita. yes! i need you.
saat susah kita ada sahabat yang akan selalu dengar cerita kita yang membosankan hihi.. walau kita tau dia bosan nak dengar tapi dia mesti layankan je.. itulah sahabat.

kawan dia lari bila kita susah dan lari bila dia sangat senang. kita sedih dia cakap sabar.. dlm hati menyumpah! (huh! mcm dia je de prob) ok sekian hehe

sahabat ker kawan ke dia adalah istimewa sebab dia pernah jadi seseorang dalam hidup kita, pernah kenal kita.

kadang2 kawan ni lebih caring dari gf/bf sendiri. xcaya? fikir betul2.




based on my experience, biasenya org akan cari kawan/sahabat bila dia dikecewakan, masa tu dia sangat perlukan seseorang utk sapu airmata dan dengar setiap luahan dia. jadi kita, saya, awak pinjamkan telinga. tapi jangan kutuk gf/bf dia sebab nanti dia baik balik dia cerita kita cakap ape mengenai gf/bf dia. beware :P

apa la tak jaga langsung hati kawan.. aih2.

tak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya.


terima kasih sayang-sayangku moga kita jumpa di Jannah nanti itu doaku. maaf bila aku pernah sakiti dan kecewakan kalian. budi kalian melekat dihati moga Allah memberkati dan merahmati kalian dunia dan akhirat.

sayang tak terucap,
Azmira Rohani

Sunday 17 February 2013

berbagi hati

up and down

suka duka 

pahit manis 

benda-benda ni mesti, harus dan wajib kita tempuh sebagai manusia. tak boleh lari. kata orang kita takkan rasa manis hidup ni tanpa lalui pahitnya. kan..kan kan? 

kita juga sering dengar "bumi mana tak ditimpa hujan". jadi benda-benda ni normal  yang kita jumpa sepanjang hidup kita. cuma yang membezakan cara kita menangani dan berdepan dengan semua ni. 

ape pon yang berlaku dalam hidup kita, kita perlu teruskan hidup kita. pada saat manusia membenci kita tanpa alasan yang kurang jelas, ingat Allah menyayangi kita tanpa syarat! ;) lagi sweet kan? 

lumrah dan fitrah manusia diciptakan berpasangan. jadi setiap perhubungan pasti ada krisis atau masalah tak kira seberapa kecil atau seberapa besar sekalipun. bila berdepan dengan masalah jangan panik, cool cuba fikir solusi dan baru putuskan sesuatu. 

aku juga punya satu hati tapi ku pilih untuk berkongsi. ya! berkongsi rasa dengan kalian. hidup sorang tak best jugak kan? so aku ada kamu ;) 

tajuk entry ni pasti mencuakkan hati perempuan dan menyenangkan hati para lelaki. anggapannya perempuan ni minta dimadukan barangkali.. betul kan? hihi 
kesanggupan untuk itu aku memerlukan ilmu agama agar aku betul-betul redha. itu jawapan aku sekarang. 
klise kata orang sebab tak kena batang hidung sendiri. di entry lain, aku cuba masukkan "madu untuk mu" haha i wish..

terima kasih kalian yang hadir mengindahkan pelangi hidupkan walau kadang-kadang kita jadi ribut hihi
tapi aku sangat sangat dan sangat hargai kehadiran kalian. syukran jazilan ;)










Sik kesah Ribut kah, guntur kah, kilat kah Kamek akan disebelah kitak mun kitak perlu kamek ;)


Don't wait for the right person to come into your life, instead be the right person who comes in someone else's life.


berkongsi satu hati,
AzmiraRohani







Friday 15 February 2013

setia ku korbankan

baby jangan keluar dengan lelaki lain tau!

sayang jangan main mesej atau call lelaki lain

darling kalau nak keluar mintak izin i dulu tau



kemain pesanan ni, tanda sayang katanya.. jaga2 tau biasanya orang yang "jaga" sangat sebenarnya dia takut kantoi.. haha betulkan? :P

semua bf cakap ikut je macam lah semua pesanan itu betul sangat! bagus betul praktis jadi isteri mithali :D

tapi kalau mak ayah pesan huihhh jangan harap okey!

semua lupa ape punya anak, mak ayah jaga dari kecil tapi bila besar taat dan setia giler kat lelaki yang bukan sesape! aih anak oh anak! ni tanggang ke ape?

setia giler bila kena tipu balik rumah hentak-hentak sampai berlubang papan, ayah abis duit beli tisu untuk kesat hingus. wekkk dasar tak malu :P

setia giler kawan pon lupa bila ade bf/gf bagus punya kawan hikhik tak ape saya tak kisah pon saya doakan moga awak bahgia sebab risau bila awak sedih nanti awak cari saya. plis la awak ingat saya mesin kitar semula ke? masa awak nak awak datang, sorry saya bukan mesin kitar semula (jujur nih)

nak bercinta tak salah tapi jangan lah ikut semua. simpan sedikit rasa curiga hee.. cinta akan datang sendiri tak perlu nak show off sangat. kalau tak ada jodoh, malu nanti hikhik

dekat atau jauh bukan ukuran sebuah kesetiaan, jika dia setia kita pasti setia tapi jika kita mula curang maknanya dia sudah lakukan benda sama. :D

cintalah seadanya,
AzmiraRohani




Saturday 9 February 2013

hebat sangat ke Azmira?

kalian pasti pelik, sempurna mana Azmira Rohani yang lagak suci, semua baik. ni tak boleh tu tak boleh adakah dia hidup zaman batu?

ok menjawab persoalan di atas, saya bukanlah sempurna, saya manusia yang punya kekhilafan tapi saya sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan saya setiap hari. saya selalu mengatakan kepada diri saya, yang Azmira yang semalam takkan muncul hari ni.

Azmira ni juga punya masalah dalam hidup, penulisan yang saya tulis adalah untuk mengingatkan saya, untuk memotivasikan diri saya sebab saya tahu saya banyak kekurangannya. tapi jika kita hanya menatapi kelemahan tanpa membaiki tiada guna jugak.

baiki,baiki jangan pernah menyerah untuk kebaikan. dunia hanya persinggahan, akhirat itu selamanya.

maaf jika anda rasa meluat, menyampah dengan penulisan saya. tapi saya takkan berhenti selagi Allah beri nyawa ni. dan saya juga memohon kemaafan dari anda jika saya ada menyakiti hati dan perasaan anda tanpa saya sedar atau tidak.

tak pernah berhenti,
Azmira Rohani.

Wednesday 6 February 2013

pangkat yang disanjung

alhamdulillah syukur atas nikmat yang diberikan, kalaupun kita tak hidup kaya raya, punya deretan kereta mewah tapi kita masih dikelilingi keluarga dan orang-orang yang sayangkan kita. mereka itu harta kita sampai syurga. mereka sentiasa ada saat susah dan senang.

hari ni kita masih mampu bernafas dengan sihat jadi mengapa kita tak bersyukur kepada Dia?
hari ni kita dikelilingi orang yang menyayangi kita sepenuh hati jadi mengapa kita tak bersyukur?

moga Dia jauhkan kita dari sifat sombong, riak dan takbur. moga saya sedar semua ni hanya pinjaman dari Dia.

kita masih pandang bintang dilangit, kita masih berpijak di bumi nyata. kita adalah sama.



mengapa kita perlu membezakan pangkat, darjat dan status? kalaupun esok kita menghembuskan nafas terakhir adakah orang yang berpangkat itu akan uruskan jenazah kita? jika ya, syukur.

bacaan talkin untuk kita, tak juga disebut berserta pangkat yang dapat di dunia. semua itu kita tinggalkan kecuali tiga perkara ; ilmu, amal dan doa anak soleh.

pernah tak terfikir? kita adalah sama disisi Tuhan kerana di saf jemaah kita duduk tanpa mengira pangkat.

jika saya manusia yang sombong, tegurlah
jika saya manusia yang riak, tegurlah

moga saya tak lupa. maafkan atas kekhilafan.

berubah sedikit demi sedikit,
Azmira Rohani.


Monday 4 February 2013

ku pilih tinggalkan cintamu

setiap orang tersenyum bila berbicara pasal cinta, memang fitrah manusia memerlukan pasangan. nak bercinta tak salah asalkan terkawal. awak respect saya, saya respect awak.

awak kena ingat saya bukan milik awak, saya kepunyaan mak dan ayah saya. jadi kalau nak jumpa pon tak perlu la keluar berdua sebab kalau takdir tidak tertulis hikayat kita bersama tapi awak da pegang tangan kita, awak da laga-laga pipi kita, mesti dia jeles kan?



so kita sama-sama jaga diri kita. tak pe orang kata, macam tu ker bercinta? apa nak heran mulut orang yang penting kita tak buat dosa.

kalau awak nak pegang-pegang ke apa, saya tak kisah awak tinggalkan saya :)



jaga apa yang sepatutnya dijaga, jadikan malu itu perhiasan. insyaAllah dipermudahkan segalanya.

barang berbalut cantik kita mesti lebih excited nak dibuka berbanding barang yang da tak berbalut.

izinkan aku menyintaimu kerana Allah,
Azmira Rohani.

menyerah sebelum kalah? Kanser serviks


Kanser serviks merupakan pembunuh ke dua wanita di Malaysia selepas kanser payudara.  Banyak kempen kesedaran telah diambil cuma bergantung pada individu itu sendiri untuk mengambil inisiatif.



Saya nak berkongsi sedikit info mengenai vaksin ‘kanser serviks’. Saya telah menjalani  rawatan pencegahan pada tahun 2012 di usm. Pada masa itu, ada pakej harga untuk pelajar.

Saya perlu mengambil tiga suntikan vaksin.vaksin tu comel sangat warna pink :) ok sempat tgk jarum sblm mata pandang tempat lain hihi

Harga setiap suntikan itu RM150 jadi saya kena bayar RM450 untuk 3 suntikan.  Chop! Kita bukan ambil ketiga-tiga suntikan itu sekali gus. Ingat tau!
Selepas suntikan pertama, kita perlu tunggu sebulan untuk mengambil suntikan kedua dan mengambil suntikan ketiga selepas tiga bulan.



Orang yang sedang haid tidak boleh mengambil suntikan ini, saya rasa sebab badan akan lemah sangat selepas ambil suntikan jadi nasihat itu perlu diambil berat.

Kita berehat selama 15minit untuk mengetahui kita ada alahan atau tidak selepas suntikan itu. saya sempat dlm 1 jam sahaja sebelum tertidur dalam 5-6 jam untuk recharge balik tenaga.  Memang rasa lemah sangat.Selepas rehat itu, baru ok. jangan takut jarum :) 



Jadi kita sebagai wanita kesihatan perlu dititik beratkan, wang boleh dicari.

Pernah ambil suntikan,
Azmirarohani.

siapa cinderella itu?

hai :) agak2 siapa cinderella? saya? awak? hikhik. setiap perempuan impikan nak jadi cinderella maklumlah dapat kahwin dengan Putera raja. jangan tak tahu setiap perempuan angankannya! nampak tak saham seorang putera raja? haha :P

tapi nak jadi cinderella tak semestinya kahwin dengan Putera raja, tapi macam mana nak jadi cinderella?

tak payah fikir banyak, yang penting kita tahu jaga dan bawa diri kita ikut keadaan. jangan bagi orang yang  belum genggam tangan wali kita ambil dan lakukan yang tak sepatutnya. dia sepatutnya pelindung kita bukan perosak. tak pe lambat jodoh janji dia boleh bawa kita ke syurga.

hormati wanita, anda akan dihargai.

serius suka sangat tagline ni "syurga isteri dibawah telapak kaki suami, jika suami itu orang bukan syaitan". :)
jika kita nak hubungan kita berlangsung dengan jayanya, niat mesti baik & ikhlas. kahwin itu umpama mendirikan masjid, tapi sebelum kahwin dah macam2 terbina ke masjid tu?

sama-sama jaga, sama-sama ingatkan.

bertaubat apa yang dah lepas, berubahlah ke arah kebaikan, manusia mana tak pernah buat silap. pohon pada Dia. saya tak baik tapi saya cuba jadi yang terbaik.
jika inginkan apa-apa bisikan pada Dia.

aku cuba jadi cinderella tu,
azmira rohani.